TARIKH 17 Disember 2018, jam 9.41 malam, satu peristiwa duka tercatat dalam lipatan sejarah apabila wira negara Muhammad Adib Mohd Kassim terkorban sewaktu menjalankan tugas.
Allahyarham yang cedera parah dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya 27 November tahun lalu, bertarung nyawa hampir tiga minggu di Institut Jantung Negara (IJN).
Insiden yang meragut nyawa anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya itu menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia yang turut bersedih dengan kematian Allahyarham selain menggamit ribuan persoalan.
Berikut video kronologi kes kematian Muhammad Adib:
Keraguan berhubung fakta kes mendorong kerajaan menubuhkan inkues bagi mengetahui punca sebenar kematian Allahyarham Muhammad Adib.
Mahkamah Koroner Shah Alam menetapkan 11 Februari hingga 12 April 2019 sebagai tarikh prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Allahyarham.
Pada 11 Februari 2019, seramai tiga saksi terdiri daripada seorang pegawai polis dan dua anggota bomba yang berada di lokasi ketika kejadian tampil memberi keterangan.
Sepanjang inkues yang dijalankan selama 41 hari, seramai 30 saksi tampil memberi keterangan dengan 137 bahan bukti dikemukakan.
Pada 27 September 2019, Hakim Mahkamah Koroner, Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.
Hari ini, genaplah setahun selepas pemergian Muhammad Adib
Pelbagai kisah dan perkembangan yang telah disaksikan oleh rakyat Malaysia, juga terlalu banyak air mata dan jerih payah pengorbanan yang ditanggung semua pihak, apatah lagi anggota keluarga Allahyarham.
Bagi Mohd Kassim Abdul Hamid, 64 tahun, dia hanya mahukan keadilan buat arwah anaknya.
"Saya minta tragedi anak saya diadili. Saya minta pihak bertanggungjawab, pihak berkuasa ambil tindakan kepada yang menyebabkan kematian anak saya,
“Saya difahamkan anak saya mati dalam rusuhan. Saya mahu sesiapa yang rancang rusuhan terbabit, dikenakan tindakan,” kata Mohd Kassim.
BACA: Kes Adib: 12 individu mungkin dipanggil semula
BACA: Kes Adib: Polis akan guna alat pengesan bohong terhadap saksi utama
BACA: Prosiding Inkues Muhammad Adib tamat
BACA: Kes Muhammad Adib: Laporan pakar perubatan bercanggah, pandangan MMC diperlukan
BACA: Inkues Adib: Ibu dan bapa Allahyarham menangis, sujud syukur
Dalam perkembangan terbaharu, polis akan mendapatkan pandangan daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) berhubung laporan bedah siasat Muhammad Adib susulan percanggahan laporan oleh dua pakar perubatan ketika inkues berlangsung.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata polis akan mendapatkan pandangan MMC berhubung laporan bedah siasat Muhammad Adib.
Selain itu Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah (CSI) Makmal Forensik Bukit Aman juga akan membuat prosedur 3D Scanner iaitu proses lakonan semula bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.
Beberapa individu termasuk pakar perubatan forensik HKL Dr Ahmad Hafizam Azmi juga akan dipanggil semula bagi merakam keterangan.
Sembilan dikesan bantu siasatan
Sembilan saksi sedang dikesan bagi membantu siasatan.
Menurut Huzir, individu berkenaan bukan diklasifikasikan sebagai suspek, sebaliknya sebagai saksi kejadian.
Kertas siasatan
Polis dilapor menerima 5,178 laporan berhubung tiga insiden: Sekumpulan lelaki menceroboh kuil; sekumpulan lelaki menyerang dua kenderaan bomba; dan sekumpulan lelaki merusuh di Menara MCT, USJ 25, Putra Height.
Menurut Huzir, sebanyak 69 kertas siasatan telah dibuka merangkumi pelbagai kesalahan termasuk kes kematian Muhammad Adib.
Baki 62 kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya, 50 kertas siasatan tiada tindakan seterusnya, manakala 12 kertas siasatan masih lagi dalam tindakan.
“Sebanyak 12 kertas siasatan itu termasuk kertas siasatan yang melibatkan kematian anggota Bomba dan Penyelamat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sebelum itu, Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan pada September memberi jaminan akan berusaha sedaya upaya meneliti dan meneruskan prosedur undang-undang berhubung kes kematian Allahyarham Muhammad Adib sebaik menerima kertas siasatan.
Menurut Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, selepas siasatan dilengkapkan dan suspek dikenal pasti, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan syor polis.
Faris Danial Razi, Hasimi Muhamad
Tue Dec 17 2019

Genap setahun, pelbagai kisah dan perkembangan yang telah disaksikan oleh rakyat Malaysia, juga terlalu banyak air mata dan jerih payah pengorbanan yang ditanggung semua pihak, terutamanya ahli keluarga Allahyarham.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Genap setahun pemergian Muhammad Adib... apa seterusnya?
Selepas siasatan dilengkapkan dan suspek dikenal pasti, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan syor polis.

'Terkorbannya seorang wira demi negara' - Netizen
"Terkorbannya seorang wira demi negaranya,"- itu antara luahan rakyat Malaysia di media sosial susulan berita kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Selamatkan mangsa kebakaran wad HSA: 'Hero tidak didendang'
Netizen melahirkan rasa penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran serta menyelamatkan mangsa di Hospital Sultanah Aminah(HSA).