Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sungai Petani membuat pemeriksaan ke atas gerai ikan kembung depan Masjid Al-Majidi Sungai Layar selepas menjadi tular dengan jualan 5 sen seekor.
Ketua Cawangan, Mazlan Safar berkata tindakan berkenaan adalah tugas rutin dilakukan ke atas premis perniagaan bagi memastikan peniaga mematuhi arahan dan garis panduan ditetapkan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati semua barangan yang dijual mempunyai tanda harga dan alat timbang yang digunakan masih dalam tempoh penentusahan.
“Pemeriksaan dilakukan secara menyeluruh ke premis dan kita mendapati kesemua barangan dijual mempunyai tanda harga,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati ikan dijual dengan harga 30 sen seekor bersamaan 18 hingga 20 ekor sekilogram mencecah harga jualan sekilogram adalah RM5.70.
“Berbanding harga pasaran semasa sekitar Sungai Petani iaitu RM7 hingga RM8 sekilogram.
“Harga ikan kembung yang ditetapkan mereka ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 30 sen seekor bergantung kepada bekalan dan harga yang diperoleh daripada pembekal atau nelayan,” katanya.
Beliau berkata, bekalan ikan yang diperoleh pada hari berkenaan dari Pasar Bisik Kota Kuala Muda adalah sebanyak 500 kilogram iaitu bersamaan anggaran 9,500 ekor ikan.
“Ikan dibeli secara pukal dalam kuantiti bakul di mana berat timbangan sebakul ialah 20 kilogram, harga yang diperoleh peniaga ialah RM110/bakul bersamaan RM5.50 sekilogram,” katanya.
Beliau berkata, rasional peniaga memperkenalkan perniagaan dengan harga murah memudahkan pelanggan mendapatkan ikan dengan harga murah dari pasaran dalam masa sama, perkongsian dengan cara bersedekah amat terpuji.
Bagaimanapun katanya, KPDNKK suka mengingatkan agar setiap peniaga yang menjalankan urus niaga mematuhi garis panduan termasuk mengguna pakai sukatan timbangan metrik bagi memenuhi Akta Timbang dan Sukat dalam setiap jualan.
Sinar Harian
Wed Jul 25 2018
Kakitangan KPDNKK Sungai Petani membuat pemeriksaan ke atas pemilik gerai ikan tular di depan Masjid AL Majidi. -Foto Sinar Harian
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Gerai ikan 5 sen diperiksa
Tindakan berkenaan adalah tugas rutin dilakukan ke atas premis perniagaan bagi memastikan peniaga mematuhi arahan dan garis panduan ditetapkan.