Tindakan melempar cat merah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pada bangunan portal berita bebas Malaysiakini di Bangsar Utama pagi Selasa dikecam sekeras-kerasnya oleh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Media Marah (GERAMM).
Perlakuan tersebut yang turut juga diikuti oleh tindakan mengikat kaki seekor itik yang masih hidup yang dimasukkan ke dalam sebuah kotak di luar pejabat itu dilihat sebagai satu ancaman kepada portal berita tersebut susulan beberapa laporan berkaitan kejadian seumpamanya, yang melibatkan cat merah dan bangkai ayam seperti yang terjadi di pejabat Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Teresa Kok.
Malah dalam kejadian pagi tersebut juga, dua keeping gambar hitam putih Ahli PArlimen Seputeh itu juga telah ditampal pada dinding di luar pejabat Malaysiakini.
Gambar-gambar itu juga diletakkan dalam plastik bersama sejumlah kecil beras dan jarum yang berwarna merah.
GERAMM berkata tindakan melulu ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan harta benda tetapi ianya juga merupakan satu bentuk penyeksaan ke atas binatang.
“Lebih khusus dan membimbangkan lagi, ianya merupakan ancaman kepada kebebasan sebuah organisasi dan tindakan ini adalah satu bentuk ancaman kepada pengamal media dan menggambarkan bahawa laporan Malaysiakini sebagai satu bentuk sokongan terhadap sesuatu pihak atau ahli politik secara individu,” kata jurucakap GERAMM dalam satu kenyataan media kepada Astro AWANI.
Malaysiakini memberi liputan kepada semua pihak dalam isu video kontroversi Teresa Kok.
“Liputan diberikan kepada semua bukan sahaja pihak DAP tetapi juga penentang-penentang tindakan ahli parlimen tersebut,”.
GERAMM menggesa semua organisasi media supaya tidak tunduk kepada sebarang bentuk serangan atau ancaman dari mana-mana pihak, selaras dengan lapan tuntutannya sebelum ini.
“Kita berharap pihak berwajib akan segera menyiasat dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Bukan sahaja siasat serangan di Malaysiakini hari tetapi juga keganasan-keganasan lain terhadap pengamal media,”.
Pada 29 Januari lalu, tiga lelaki bersenjatakan parang dan batang besi telah memecah pejabat sebuah akhbar harian Tamil, Tamil Malar, di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Dalam serangan itu, mereka memecah pintu kaca, meja kaca dan lima buah komputer di tingkat bahagian pengurusan pejabat berkenaan
GERAMM juga terus mendesak, sekali lagi, siasatan rapi terhadap serangan ke atas pengamal-pengamal media sewaktu liputan perhimpunan Bersih 3.0 pada April 2012.
Aizat Sharif
Tue Feb 25 2014
![GERAMM kecam tindakan lempar cat merah pada bangunan Malaysiakini GERAMM kecam tindakan lempar cat merah pada bangunan Malaysiakini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/51388808607_295x200.jpg)
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Restoran milik bekas ADUN Selangor disimbah cat merah Restoran milik bekas ADUN Selangor disimbah cat merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718102661_tbahlong.jpg)
Restoran milik bekas ADUN Selangor disimbah cat merah
Restoran milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Mohd Shaid Rosli di Bandar Puncak Alam dekat sini disimbah cat merah dalam kejadian pagi tadi.
![Ibu mentua upah gengster simbah cat merah Ibu mentua upah gengster simbah cat merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709601432_TBcatmerahjpg.jpg)
Ibu mentua upah gengster simbah cat merah
Kisah mereka menjadi tular di negara Amerika Utara tersebut setelah gaun dipakai pengantin perempuan 'rosak' akibat disimbah cat merah.
![Dua lelaki ditahan disyaki terlibat khianat, ugut peminjam wang Dua lelaki ditahan disyaki terlibat khianat, ugut peminjam wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684473080_PolisLogoPolisP.jpg)
Dua lelaki ditahan disyaki terlibat khianat, ugut peminjam wang
Polis menahan dua lelaki semalam dipercayai terlibat dalam kegiatan mengugut peminjam wang untuk menuntut bayaran hutang dengan mengunci pagar rumah dan menyimbah cat merah di daerah ini.
![Peminjam culas diupah ah long bakar rumah, simbah cat merah Peminjam culas diupah ah long bakar rumah, simbah cat merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659300328_AlongUpah.jpg)
Peminjam culas diupah ah long bakar rumah, simbah cat merah
Mereka yang ditahan terdiri daripada 10 lelaki termasuk seorang lelaki warga Indonesia dan seorang wanita tempatan.
![Polis siasat kes masjid diconteng cat merah Polis siasat kes masjid diconteng cat merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81626084252_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Polis siasat kes masjid diconteng cat merah
Laporan mengenai kejadian itu diterima daripada seorang Ahli Jawatankuasa masjid berusia 60 tahun pada pukul 9.07 pagi, semalam.
![Polis tahan dua lelaki simbah cat dan baling bom petrol di Batu Pahat Polis tahan dua lelaki simbah cat dan baling bom petrol di Batu Pahat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-07/41531479708_ahlongcatmerah.jpg)
Polis tahan dua lelaki simbah cat dan baling bom petrol di Batu Pahat
Polis Pahang terima sembilan laporan polis iaitu lima kes simbah cat merah serta empat kes baling bom petrol yang disyaki didalangi lelaki tempatan berumur 37 dan 40 tahun itu.
![Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru disimbah cat merah Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru disimbah cat merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81574739978_TBCAT.jpg)
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru disimbah cat merah
Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata terdapat bangkai seekor ayam serta mesej ugutan terhadapnya turut dicampakkan di hadapan pintu berkenaan.
![Lawatan Setiausaha Negara AS disambut perarakan tunjuk perasaan Lawatan Setiausaha Negara AS disambut perarakan tunjuk perasaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61570324847_Protesters.jpg)
Lawatan Setiausaha Negara AS disambut perarakan tunjuk perasaan
Lebih 5,000 penunjuk perasaan berarak ke kedutaan Amerika di Athens pada Sabtu sebagai protes terhadap lawatan itu.
![Peminjam ah long lari, jiran kena tanggung padah Peminjam ah long lari, jiran kena tanggung padah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61562135904_Iklan.jpg)
Peminjam ah long lari, jiran kena tanggung padah
Mangsa Chiang Ghee Siew, 55, mendakwa kira-kira pukul 9 pagi Ahad lepas, dia terkejut apabila mendapati terdapat kesan cat warna merah di pintu pagar hadapan dan dinding rumah serta belakang kereta.
![Sembur cat merah pada monyet, pemilik dusun durian dikecam Sembur cat merah pada monyet, pemilik dusun durian dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41562302988_Monyet.jpg)
Sembur cat merah pada monyet, pemilik dusun durian dikecam
Sumber mendakwa monyet tersebut ditangkap dan diperlakukan sebegitu disebabkan perlakuannya yang mencuri buah durian di dusun berkenaan.