SAMA ada kita suka atau tidak, konsep teksi motosikal gojek dari negara jiran bakal diperkenalkan dan nampaknya ia mungkin bermula suku pertama tahun hadapan.
Melihat kepada kepantasan Kabinet memberi lampu hijau kepada konsep gojek ini iaitu dua hari selepas syarikat dari Indonesia ini membuat pembentangan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke, kita tertanya-tanya sama ada Menteri muda seperti Syed Saddiq dan barisan Kabinet mengetahui berhubung kadar kematian yang membimbangkan dan peningkatan nahas jalanraya yang melibatkan motosikal.
Dalam kalangan pendokong keselamatan jalan raya, ramai bimbang dengan perkembangan ini.
Ada yang mengatakan bahawa ini adalah mengundang lebih banyak nahas jalan raya.
Berdasarkan statistik tahunan nahas jalan raya oleh Polis Diraja Malaysia, cadangan teksi motosikal bukanlah satu idea yang cerdik.
Menurut jumlah kematian pada waktu dalam perjalanan ke tempat kerja yang membabitkan pengguna motosikal dari tahun 2015 hingga 2017, sejumlah 2,564 orang maut di antara 6.01 pagi hingga 10 pagi manakala ketika waktu pulang ke rumah di antara 4.01 petang hingga 10 malam, statistik menunjukkan 4,695 kematian.
Bagi keseluruhan jumlah kematian selama tiga tahun yang melibatkan motosikal, sejumlah 1,152 pembonceng telah terkorban dan 11,884 penunggang motosikal telah gugur di jalan raya dari 2015 hingga 2017.
Dari tahun 2008 hingga 2017, terdapat 5.17 juta nahas jalan raya telah dicatatkan untuk semua jenis kenderaan dengan purata 73 peratus insiden melibatkan motosikal.
Tahun lepas sahaja, hampir 70 peratus nahas jalan raya membabitkan motosikal daripada jumlah keseluruhan statistik sebanyak 548,598 nahas yang direkodkan secara keseluruhan.
Walaupun kerajaan mahu mewujudkan peluang pekerjaan khususnya untuk golongan muda dan rakyat secara am, Kementerian Belia dan Sukan berserta Kementerian Pengangkutan perlu melihat dengan teliti data kerugian dari segi ekonomi kesan daripada kematian dan kecederaan yang melibatkan pengguna motosikal.
Berdasarkan kajian mendalam oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), dianggarkan kerugian ekonomi dan kesan negatif terhadap implikasi kewangan akibat kecederaan dan kematian yang melibatkan pengguna motosikal dari 2015 hingga 2017 adalah RM18.15 bilion.
Walaupun kita sudah tidak sabar-sabar mahu memberi faedah untuk rakyat marhaen, kita harus jangan lupa bahawa langkah membenarkan teksi motosikal mampu menjana lebih banyak kebinasaan.
Saya telah terima hakikat bahawa ahli politik ghairah menjadi jurucakap untuk satu jenama asing. Namun, saya tidak gembira apabila misi mencipta pekerjaan untuk mat dan minah motor adalah jauh lebih penting daripada menyelamatkan nyawa mereka setiap hari.
Setelah menerima perkhabaran bahawa gojek telah menerima kelulusan dari Kabinet semalam, Sabariah Mohamad, Profesor Bersekutu yang berpengalaman dalam Pengajian Pengangkutan dan Logistik dari Institut Pengangkutan Malaysia (Mitrans) memberitahu saya: "Kita sebenarnya sedang mengambil langkah ke belakang untuk dasar dan perancangan mobiliti."
"Kita masih belum lagi selesaikan masalah lain berkaitan pengangkutan awam dan pergerakan penduduk bandar tetapi kini nampaknya kita mencipta masalah baru dengan hal sosial dan alam sekitar," kata Sabariah dalam mesej WhatsApp.
Adakah ini rahmat ke arah jalan raya lebih selamat?
Sudah jelas di kalangan mereka yang mahu menyelamatkan jiwa di jalan raya tidak akan dapat menghalang keputusan kerajaan untuk membawa masuk Go-Jek atau memulakan perkhidmatan kongsi motosikal di bandar-bandar dan kawasan urban.
Walau bagaimanapun, apa yang boleh dilakukan oleh pendokong keselamatanjalan raya ialah memberi nasihat, panduan dan menawarkan penyelesaian kepada pihak berkuasa mengenai risiko keselamatan dan meningkatkan aspek keselamatan konsep perkongsian motosikal dengan mengenakan syarat yang ketat untuk perlesenan.
Berdasarkan cadangan dari pakar pengangkutan awam dan penyokong keselamatan jalan raya, kerajaan berserta pihak berkuasa tempatan harus merangkul peluang ini dengan membentuk satu budaya baru untuk mat motor mengamalkan sikap berhemah di jalan raya jika mahu menjadi pengendali gojek dan pemain e-hailing teksi motosikal yang lain.
Antaranya, pihak berkuasa harus menetapkan bahawa ‘rider’ tidak dibenarkan menunggang melebihi had laju 70 km/j, perlu sentiasa berada di lorong kiri atau lorong paling perlahan sahaja dan memakai jaket atau ‘vest’ keselamatan cerah seperti warna hijau yang digunakan oleh penunggang gojek di Jakarta. Ini mampu membentuk disiplin dan membolehkan pemantauan yang berkesan.
Saya percaya Miros boleh memberi butiran mengenai panduan operasi dan penunggangan selamat berdasarkan kajian kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pihak berkuasa juga perlu meletakkan syarat bahawa gojek atau pengendara perkongsian motosikal hanya terhad beroperasi sekitar lingkungan 5km dari hab pengangkutan awam seperti LRT/monorail/ MRT/ KTM atau stesen bas.
Corak perjalanan sehari-hari boleh dipantau menerusi pengesanan app e-hailing dan penunggang harus menghadiri kelas keselamatan dan mesti mematuhi peraturan lalulintas dan berkelakuan baik. Jika tidak, penunggang motosikal tidak seharusnya menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam.
Secara peribadi, pengenalan gojek atau ‘ride-sharing’ teksi motosikal ini mampu bertukar menjadi rahmat ke arah budaya tunggangan berhemah untuk golongan muda.
Sebagai antara syarat lesan pengendali, ini adalah peluang keemasan bagi syarikat Go-Jek dan pembekal ehailing tempatan untuk memulakan insentif bagi rakyat Malaysia untuk memiliki atau menyewa skuter elektrik atau motosikal elektrik dengan kelajuan maksima 70 km/j.
Go-Jek dan syarikat tempatan boleh menjadi pelopor kepada ‘trend’ pemilikan kenderaan hijau di Malaysia dan perintis dalam memulaukan model kapcai yang lincah dan menggantikannya dengan armada skuter elektrik.
Ini juga adalah peluang keemasan untuk menjadikan apa yang telah dibincang di bengkel Dasar Pengangkutan Negara di Kementerian Pengangkutan baru-baru ini menjadi kenyataan iaitu melaksana agenda bandar karbon rendah dengan mengharamkan penunggang tunggal atau pengendara individu di atas motosikal yang bukan ‘rider’ teksi motosikal dari memasuki pusat bandar.
Ini juga membuka peluang kepada perancangan pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk mengenakan caj kesesakan bandar kepada kenderaan dengan seorang pemandu/penunggang.
Dengan Go-Jek bakal memasuki lanskap pengangkutan negara, bermula pada tahun hadapan seharusnya hanya ‘rider’ teksi motosikal, bas henti-henti, teksi dan kenderaan ehailing sahaja yang dibenarkan berada di pusat komersil tengah bandar.
Objektifnya adalah mudah - jika seseorang mahu memasuki pusat bandar KL ketika waktu puncak misalnya, seseorang harus menggunakan pengangkutan awam atau bersedia untuk membayar caj jalan raya tambahan. Ini harus menjadi perkara biasa pada masa akan datang.
Di sebalik ada yang rasa sugul dengan kemunculan teksi motosikal kelak, masih ada ruang yang mampu menukar iklim suram kepada kesan positif yang membuatkan ‘bike-sharing’ ini sebagai pilihan yang selamat sebagai jawapan untuk melengkapkan mod pengangkutan ‘last-mile’ ‘first-mile’ selama ini.
Shahrim Tamrin
Thu Aug 22 2019

Berdasarkan statistik tahunan nahas jalan raya oleh Polis Diraja Malaysia, cadangan teksi motosikal bukanlah satu idea yang cerdik. - Gambar fail

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

MOT bentang permohonan projek KXP kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat
MOT akan membentangkan memorandum permohonan lesen aerodrom bagi projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk keputusan selanjutnya.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Parlimen: Tiga syarikat alternatif Puspakom bukan 'syarikat RM2' - Loke
Beliau berkata syarikat itu merupakan syarikat bertujuan khas (SPV) yang ditubuhkan untuk memasuki permohonan PPKM.

Pelabuhan Klang sasar kendali 15 juta TEU kontena pada 2025 - Loke
Loke berkata ini disokong oleh pertumbuhan positif ekonomi domestik, pembangunan projek-projek infrastruktur dan pertumbuhan kargo menerusi sektor pembuatan dan logistik.

ECRL: Kabinet lulus cadangan ubah pembinaan ke landasan berkembar libat jajaran di Pelabuhan Klang
Loke berkata kos pembinaan landasan berkembar itu tidak memerlukan peruntukan tambahan oleh kerajaan serta tidak akan meningkatkan kos pembangunan keseluruhan Projek ECRL.

Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke
Tindakan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong, Pahang, tidak menjejaskan Projek Laluan ECRL.

Pemeriksaan kenderaan: Anthony Loke umum 3 syarikat baharu, henti monopoli Puspakom
MOT lantik tiga syarikat baharu untuk melaksana pemeriksaan kenderaan, menamatkan monopoli Puspakom. Pelantikan ini diyakini dapat meningkatkan daya saing dan mudahkan pengguna.

Parlimen: MOT umum syarikat baharu pusat pemeriksaan kenderaan motor esok - Loke
Kementerian Pengangkutan akan mengumumkan beberapa syarikat baharu yang akan diberi kelulusan untuk membuka Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) yang baharu esok.

MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.

Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.