Golongan belia di negara ini masih berminat dan mampu bekerja dalam sektor 3D iaitu "dirty, difficult and dangerous" (kotor, sukar dan bahaya).
Bagaimanapun, menurut pekerja binaan warga tempatan, majikan lebih berminat menggaji pekerja asing dengan alasan tertentu, sekali gus menafikan hak penduduk tempatan untuk mendapatkan pekerjaan.
Bagi pekerja binaan, Hamta Harun, pelbagai isu sampingan menyaksikan golongan terbabit tidak cenderung terhadap bidang berkenaan yang akhirnya membuka peluang kepada warga asing.
"Budak muda sekarang yang jadi mat rempit, bukan sebab mereka tiada kerja yang mereka tidak boleh buat, bukan mereka tidak mahu bekerja.
"Sekarang ini ramai orang asing yang buat banyak kerja dan budak-budak ini tiada peluang," katanya.
BACA: Anak muda tidak minat kerja kotor, sukar & bahaya? Netizen berbelah bahagi
Manakala bagi Azlan Hasan, dia berkata kerajaan mampu mencorakkan belia di negara ini dengan menyediakan mekanisma yang sesuai diperingkat sekolah, sebelum mereka menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.
Jelasnya, kerajaan juga perlu melihat ke manakah hilangnya pelajar yang dilahirkan dari sekolah serta institusi yang berasaskan bidang kemahiran serta latihan vokasional.
"Kalau boleh, semasa latihan industri pelajar-pelajar ini perlu diserapkan terus kepada sektor-sektor yang bersesuaian dengan apa yang mereka belajar.
"Contohnya, jika seseorang itu belajar tentang pertanian, serap terus sahaja dalam bidang itu. Beri mereka jaminan pekerjaan dan gaji yang lebih baik, baru mereka ada minat.
"Mereka akan rasa benda ni lebih terjamin untuk tempoh masa yang panjang," tambahnya.
BACA: Ahmad Zahid cabar anak muda Malaysia kerja 3D jika tolak kemasukan pekerja asing
Sharom Abu Bakar
Tue Feb 16 2016

Menurut pekerja binaan warga tempatan, majikan lebih berminat menggaji pekerja asing untuk sektor pekerjaan 3D. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Mempamerkan bakat muda TVET melalui WSC Lyon 2024
WSC menyediakan platform untuk individu muda menunjukkan kemahiran dan bakat mereka dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional.

WorldSkills Lyon membuka tirai: 15 belia Malaysia galas misi besar untuk negara
Acara ketiga terbesar di Perancis itu dirasmikan Presiden Emmanuel Macron di Arena LDLC, tempat berlangsungnya acara terbesar di Lyon.

Had umur 30 tahun belia Malaysia berkuat kuasa 1 Jan 2026 - Hannah
Had umur 30 tahun bagi belia di Malaysia akan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2026.

Felo Perdana platform terbaik belia selami budaya kerajaan peringkat tertinggi - PM Anwar
Felo Perdana membolehkan belia untuk lebih memahami dasar kerajaan.

Perubahan iklim: Belia Malaysia perlu teladani Greta Thunberg
Penulis berada di Stockholm untuk menghadiri bengkel 'Green Recovery and Just Transition' anjuran Internews Earth Journalism Network.

Beri lebih peluang belia dalam politik - Ahmad Zahid
Pembangunan belia dan peremajaan negara perlu disegerakan selain inisiatif bahawa kreativiti dan bakat perlu dipelihara dan diserlahkan.

Golongan muda minat kerja '3D', namun tiada peluang
Menurut pekerja binaan warga tempatan, majikan lebih berminat menggaji pekerja asing untuk sektor pekerjaan 3D.