Usaha mencari Mohammad Ashraf Hassan yang hilang ketika menyertai acara larian di Gopeng, Perak diperhebat setelah masuk hari keempat.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Perak Howard Lee Chuan How berkata kira-kira 170 orang kini terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat, lapor portal The Star.
Ia melibatkan anggota polis, tentera, Pasukan Gerakan Am dan Rela.
Mohammad Ashraf, 29 tahun hilang semasa menyertai acara maraton ultra sepanjang 25km pada hari Sabtu.
BACA: Peserta Gopeng Ultra Trail dikhuatiri hilang sejak Sabtu
Laporan polis dibuat pada jam 1.00 pagi Ahad selepas cubaan penganjur untuk mencarinya gagal.
Operasi pencarian pada mulanya hanya melibatkan pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, pihak penganjur dan penduduk kampung.
Operasi mencari kini turut diperluas ke tebing Sungai Kampar.
BACA: 120 orang cari peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak Sabtu
Berdasarkan maklumat awal, mangsa bersama 485 peserta lelaki dan perempuan yang lain memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer pagi Sabtu dan sepatutnya berakhir pada hari yang sama.
Kehilangan mangsa disedari kawannya, Mohd Farid Md Kamal, 32, apabila mendapati Mohammad Ashraf masih tidak sampai selepas selesai perlumbaan.
Pada Ahad, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata selepas panggilan telefon tidak dijawab, Mohd Farid memaklumkan perkara itu kepada penganjur dan tindakan mencari telah dijalankan di kawasan laluan peserta tetapi tidak ditemui.
Astro Awani
Wed Mar 27 2019

Mohammad Ashraf dilihat di 'check point' keenam di mana gambar ini diambil. - Sumber foto FizSaid
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Langgar belakang lori kontena, pemandu dan kelindan maut
Pemandu dan kelindan lori maut apabila kenderaan yang mereka naiki terlanggar belakang sebuah lori kontena yang rosak di Kilometer 294.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Gopeng, pagi Ahad.

Gopeng Ultra Trail: 170 sertai pencarian Mohammad Ashraf
Usaha mencari Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang ketika menyertai acara larian di Gopeng, Perak diperhebat setelah masuk hari keempat.

Pelajar Tingkatan Satu dirempuh kereta meninggal dunia
Pelajar tingkatan satu, Muhamad Nur Amier Ishak yang parah dirempuh kereta di susur jejambat Jalan Permatang Batu , Bukit Mertajam disahkan meninggal dunia kira kira jam 4.30 petang Isnin.

Six killed in Machang accident
Six people died while six others sustained multiple injuries in an accident involving two cars at Km 63, Jalan Kuala Krai-Kota Baharu near Kampung Bunut, Machang.

David Beckham, anak terlibat kemalangan kereta
Kemalangan berlaku tidak lama selepas Beckham mengambil anaknya Brooklyn dari pusat latihan Arsenal.

Malaysian students, teachers in bus crash near Perth
The crash in Perth Hills involved 13 students and eight adults from Malaysia and Indonesia. Three of them suffered broken limbs.