Syarikat penghantaran Grab Malaysia menyambut baik kerjasama dengan kerajaan negeri Selangor dan Kementerian Wilayah Persekutuan dalam menyediakan perkhidmatan juadah bazar Ramadan.
Ketua Grab Malaysia, Sean Goh dalam satu kenyataan media berkata terdapat dua inisiatif untuk membawa semangat Ramadan ke rumah rakyat Malaysia sambil menyokong perniagaan kecil dan usahawan mikro.
“Grab kini bekerjasama dengan pelbagai pilihan rakan restoran bagi mengaturkan menu kegemaran Ramadan supaya boleh didapati di GrabFood tepat pada masanya apabila bulan puasa bermula.
“Grab juga pada masa sama mengalu-alukan penjual di laman sosial dan usahawan mikro berpangkalan di rumah di seluruh Malaysia untuk menggunakan rangkaian rakan penghantar bagi membantu mereka memberi perkhidmatan secara lebih mudah dan cekap,” menurut Goh.
Grab kini aktif berbincang dengan majlis-majlis tempatan lain mengenai kemungkinan mendigitalkan peniaga bazar Ramadan tempatan untuk melindungi pendapatan usahawan-usahawan mikro ini.
“Setiap tahun, usahawan mikro dan penjual di laman sosial mengharapkan musim ini sebagai tempoh yang paling sibuk dan mengambil bahagian dalam Bazar Ramadan di kawasan kejiranan mereka, mengadakan gerai 'pop-up' di seluruh bandar-bandar kita.
"Tetapi tanpa kehadiran fizikal, mereka mungkin tidak dapat menghasilkan jualan yang sama seperti sebelumnya.
"Oleh itu, kami mahu menyokong dan menggalak mereka untuk mengguna khidmat pembayaran tanpa tunai serta mengembangkan jangkauan mereka kepada jutaan pengguna Grab melalui perkhidmatan dalam ekosistem kami.
"Antaranya dengan menggunakan GrabPay, GrabFood dan GrabExpress untuk membantu mereka menguruskan penghantaran barang mereka, sama ada kegemaran bazar, kuih-muih atau pakaian Hari Raya,” tambah kenyataan itu.
Dalam pada itu, Grab mengumumkan mulai hari ini, rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun sehingga 30 peratus untuk keperluan perayaan apabila membeli-belah dalam talian menggunakan GrabPay dengan promosi Grab "Raya Deals Dari Rumah".
BACA: Kerajaan Selangor lancar E-Bazar Ramadan pertama, Grab sebagai penghantar
Faris Danial Razi
Wed Apr 08 2020

Grab kini aktif berbincang dengan majlis-majlis tempatan lain mengenai kemungkinan mendigitalkan peniaga bazar Ramadan tempatan untuk melindungi pendapatan usahawan-usahawan mikro ini. - Astro AWANI
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar sewa lot bazar Ramadan dari RM1,000 kepada RM850 kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Perbadanan Putrajaya.

Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan
Memberi kesedaran mengenai keburukan pembaziran makanan yang mengundang kepada pencemaran alam sekitar.

Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan
Acara yang bertemakan Raikan Cahaya Ramadan mula beroperasi pada 15 Mac lalu sehingga 16 April.

Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.

Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM
Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan.

Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.

PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.

Hari pertama, Bazar Ramadan Kelana Jaya diserbu ribuan pengunjung
Hari ini, kemeriahan turut dirasai di bazar-bazar ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat apabila ramai meluangkan masa untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa.

Festival Ramadan Putrajaya 2022 sasar 500,000 pengunjung
Sebanyak 500,000 pengunjung disasarkan dalam penganjuran Festival Ramadan Putrajaya 2022 (FRP 2022) yang bakal diadakan pada 31 Mac sehingga 2 Mei depan.

Bazar Ramadan akan dibenar operasi tahun ini - PM
Prosedur operasi standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.