Kerajaan hari ini menyenaraikan 295 barangan yang perlu diturunkan harga selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada 1 April lepas.
Senarai itu meliputi 22 barangan yang sebelum ini tertakluk kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar lima peratus, kini dikecualikan CBP, dan 273 barangan yang sebelum ini dikenakan SST pada kadar 10 peratus, kini kepada enam peratus berikutan pengenalan CBP.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan semasa mengedarkan senarai tersebut kepada pemberita hari ini berkata rakyat sepatutnya sudah merasai penurunan harga barangan susulan pelaksanaan CBP.
"Kita berhadapan dengan beberapa peniaga yang masih memanipulasi harga dan senarai ini adalah fakta.
"Saya mengarahkan agar peniaga menurunkan harga. Jika peniaga tidak mengikut arahan turunkan harga, seperti arahan Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam, bererti peniaga telah melanggar akta-akta yang telah ditetapkan, antaranya akta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Biasiswa Srikandi Malaysia di sini hari ini.
Ahmad berkata senarai tersebut adalah daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Beliau menjelaskan peniaga mesti menurunkan harga untuk 22 barangan makanan yang disenaraikan, meliputi ikan masin, ikan kering dan buah-buahan import berikutan ia kini merupakan barangan yang dikecualikan CBP.
Manakala 273 barangan yang sebelum ini tertakluk kepada SST 10 peratus, harganya sepatutnya menjadi lebih murah susulan CBP pada kadar enam peratus, katanya.
Beliau berkata selain kenderaan, 273 barangan tersebut meliputi barangan kegunaan dalam rumah dan bahan asasi rakyat seperti perabot, pakaian, tuala wanita, pampers, alat tulis, minuman kordial, alat ganti, bateri kereta dan tayar.
"Disiplin yang patut dibuat ialah 'tolak 5 (SST) menjadi 0 (dikecualikan CBP), tolak 10 (SST) menjadi 6 (CBP)', sebelum memasukkan harga baharu," katanya sambil menyarankan kepada peniaga lain supaya mencontohi Mydin, Jakel dan KFC dalam pelaksanaan CBP.
"Yang ada jenama selalunya mengikut SOP, yang saya risaukan ialah kedai-kedai di kampung," katanya.
Ahmad berkata rakyat kini marah kepada kerajaan kerana harga barangan yang mahal dan mereka juga perlu membayar cukai.
"Isu utama CBP ialah berkenaan harga barang. Jika harga dapat distabilkan, CBP tidak akan menjadi isu utama lagi.
"Majoriti barangan harus diturunkan harga, menjadikan CBP membawa kebaikan kepada rakyat. Harga kenderaan sudah turun, kenapa harga barangan lain belum lagi turun?," katanya.
Bagi sektor perkhidmatan seperti bengkel motosikal yang mengenakan CBP, Ahmad mengingatkan hanya syarikat yang mempunyai nilai jualan tahunan melebihi RM500,000 sahaja perlu berdaftar CBP.
"Yang kecil tidak perlu berdaftar. Sekiranya pengguna musykil, status pekedai boleh disemak dengan memasukkan nombor pendaftaran CBP 12 angka dalam portal semakan," katanya.
Katanya semakan boleh dibuat di portal http://gst.customs.gov.my , dan menyenarai semula empat lagi portal untuk maklumat berkaitan CBP, iaitu http://www.treasury.gov.my , http://www.kpdnkk.gov.my , http://gstpedia.my dan http://gstmalaysiainfo.com.
Mengenai kad tambah nilai prabayar, Ahmad berkata isu tersebut masih dalam semakan kementerian berkaitan dan syarikat telekomunikasi ada memberi bonus 'air time' yang sewajarnya kepada pengguna.
Bernama
Tue May 12 2015

AHMAD MASLAN: GST: 295 barangan perlu diturunkan harga - Gambar fail

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.
[TERKINI] Dua platform jualan dalam talian turunkan iklan `gummy'
KKM mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy', sebelum ini dilaporkan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
KUSKOP peruntuk RM12 juta tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM12 juta bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) tahun ini.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.
Dipenjara 2 bulan, denda RM1,000, curi baju, tudung, selipar
Seorang suri rumah dipenjara dua bulan dan didenda RM1,000 kerana mencuri beberapa barangan, termasuk pembersih muka di sebuah pasar raya.
Zahid yakin SPRM, belum sempat ziarah Ismail Sabri
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dan berlaku adil ke atas empat pegawai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
[Data & Statistik] Indeks Persepsi Rasuah 2024
Ikuti ulasan Irfan Faruqi berkenaan dengan Indeks Persepsi Rasuah 2024.

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.

Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.

Pusat simulasi bencana pertama di Malaysia dijangka siap Februari 2025
Projek pembinaan tapak khas simulasi bencana bagi pasukan SMART di Pulau Meranti, Puchong dijangka siap pada Februari ini.

Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.

JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.

Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.

SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.

Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.