Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala berkata pelaksanaan GST juga adalah penting untuk masa depan negara.
“Saya tahu ianya satu perkara yang sukar untuk dilakukan, tetapi GST adalah satu keputusan yang tepat demi masa depan Malaysia,” katanya.
GST: Keputusan paling tepat
Idris berkata terdapat 29 juta rakyat Malaysia dan sebelum GST dilaksanakan, hanya 1.7 juta orang yang membayar cukai.
Kata Idris, cukai pendapatan yang dibayar oleh 1.7 juta orang ini tidak akan mapan untuk negara dalam jangka masa panjang.
GST: Perlu untuk membantu golongan miskin
Di kalangan semua negara ASEAN, Malaysia mempunyai kadar GST yang paling rendah iaitu enam peratus. Sebahagian besar negara-negara ASEAN mengenakan 10 peratus GST.
Bagi Singapura, Idris berkata republik itu mengenakan tujuh peratus GST namun tiada pengecualian atau beberapa barang diberi nilai sifar, oleh itu Malaysia masih lagi bernasib baik.
Di bahagian-bahagian lain di dunia, United Kingdom mempunyai kadar GST 20 peratus manakala negara berpendapatan rendah seperti Tanzania mengenakan kadar 18 peratus.
GST: BR1M dan cukai
Dalam jangka masa panjang, Malaysia akan menjadi sebuah negara penuaan di mana orang hidup lebih lama dan banyak yang akan bersara.
Idris berkata apabila jumlah penduduk meningkat tua dicapai dalam jumlah yang besar, maka perkhidmatan kesihatan awam akan memikul tanggungjawab yang lebih berat dan GST akan memastikan impak ini dikurangkan.
GST: Tidak digemari ramai
Tambah Idris, pada tahun 2020 jumlah orang yang tinggal di Kuala Lumpur dan Lembah Klang akan meningkat daripada enam juta kepada 10 juta.
"Ini adalah kerana ramai orang akan menumpu ke kota itu dan jika kita tidak membina infrastruktur yang diperlukan untuk menampung semua orang, bandar ini akan sesak.
"Bagaimana kita mampu untuk membina semua ini untuk rakyat? Kita tidak boleh melakukannya tanpa meningkatkan pendapatan kerajaan," kata Idris.
Beliau berkata walaupun Program Transformasi Ekonomi (ETP) diadakan, sistem cukai perlu diperluas untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mantap.
Idris percaya bahawa akan tiba satu hari nanti apabila kadar GST di Malaysia meningkat setaraf negara-negara ASEAN yang lain dan pada waktu itu cukai pendapatan dan cukai korporat dapat dikurangkan
.
GST: Kesesakan dalam negara