Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat Malaysia menggunakan sepenuhnya kuasa mereka sebagai pengguna dengan melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada peniaga sengaja mengambil kesempatan di sebalik pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Najib juga berkata, rakyat boleh menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna dengan tidak membeli barangan yang dijual oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, beliau percaya jika rakyat menggunakan sepenuhnya kuasa pengguna yang ada di tangan mereka, lambat laun peniaga yang tamak tidak akan berani bertindak menaikkan harga dengan sesuka hati kerana 4,000 barangan keperluan harian dikecualikan daripada dikenakan GST.
"Kalau pihak itu tak sepatutnya mengenakan GST, tolong laporkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK).
"Di sini letaknya kuasa pengguna, kita mesti tahu bahawa kita ada kuasa. Kuasa pertama kita boleh pilih mana-mana kedai yang kita nak beli barangan atau kedai-kedai makan apa pun, kita boleh pilih.
"Jadi mana kedai yang tidak bertanggungjawab, sengaja menaikkan harga lepas itu menyalahkan pihak kerajaan, kita jangan pergi ke kedai itu sebab ada banyak kedai lain. Kedai alternatif lain banyak," katanya ketika ditemu bual dalam program Edisi Khas Soal Jawab TV3, malam tadi.
BACA: Transkrip penuh temu bual khas bersama Perdana Menteri
Menurutnya, jika ada pihak berkata sekarang bukan masa sesuai untuk kerajaan melaksanakan GST, dakwaan tersebut tidak berasas kerana tiada suatu masa yang benar-benar sesuai untuk pelaksanaan cukai tersebut.
"Sebenarnya tak ada masa yang sesuai...yang dikatakan sesuai nak perkenalkan GST.
"Tetapi kalau kita lihat pada keseluruhannya antara faktor yang boleh dikatakan menyebelahi langkah kerajaan untuk memperkenalkan GST...harga minyak dah jatuh.
"Bila harga minyak jatuh, maknanya harga petrol dan diesel lebih rendah daripada masa-masa yang lalu. Satu, rakyat mendapat faedah daripada penurunan harga minyak dunia," katanya lagi.
Perdana Menteri berkata kerajaan telah buat persediaan sejak tahun 1980-an lagi untuk melaksanakan GST dan kini masa yang sesuai.
"Dari segi makronya sesuai, masanya sebab kerajaan perlu kepada kewangan tambahan. Sebab hasil dividen daripada Petronas akan berkurangan kerana harga minyak sudah jatuh," jelas beliau.
Astro Awani
Fri Apr 10 2015

NAJIB: Rakyat boleh guna kuasa pengguna. -Gambar fail

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.

1MDB diarah bayar kos RM225,000 kepada anak tiri Najib, syarikatnya
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos sebanyak RM225,000 kepada Riza Shahriz Abdul Aziz, dan dua syarikatnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.