Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penggunaan kamera badan pada pegawai penguat kuasa seperti polis, imigresen dan kastam bagi menangani kes salah laku pegawai termasuk rasuah, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya syor penggunaan kamera badan itu dipersetujui memandangkan terdapat pelbagai dakwaan salah laku pegawai semasa bertugas seperti memukul orang yang disiasat.
"Pegawai akan pasang kamera di badan dia dan apabila dia bercakap atau orang bercakap boleh rekod. Kita boleh lihat apa yang dilakukan oleh pegawai ke atas pelanggan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR), di sini hari ini.
"Sudah tentu pegawai itu akan menafikannya tetapi pelanggan akan menegaskan bahawa dia telah dipukul, jadi antara kedua-dua mereka kita ingin tahu siapa yang betul.
"Apabila kita mempunyai kamera kita akan tahu sama ada dakwaan terhadap pegawai berkenaan ada asas ataupun tidak," kata Dr Mahathir.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata tarikh pelaksanaannya belum diputuskan memandangkan ia melibatkan kos kepada kerajaan.
Perdana Menteri berkata selain kamera badan, mesyuarat JKKMAR turut bersetuju supaya penggunaan teknologi dalam operasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dipertingkatkan dengan mewujudkan pusat kawalan setempat, pemantauan melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan menambah mesin pengimbas berteknologi Kecerdasan Buatan (AI) serta Alat Bantuan Operasi (ABO).
Katanya ini berikutan negara mengalami kebocoran hasil di pintu keluar masuk antara RM3 bilion hingga RM5 bilion setahun akibat masalah integriti pegawai dan kekurangan peralatan teknologi terkini.
Dr Mahathir berkata pemantauan dengan pemasangan CCTV turut akan dipertingkatkan di pintu-pintu masuk negara dan depot tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi memantapkan pemeriksaan serta meningkatkan kecekapan jabatan itu dan integriti pegawainya.
Selaras dengan janji kerajaan untuk menjadikan Polis Difaja Malaysia (PDRM) pasukan yang dihormati dan disegani, katanya penyelenggaraan dan penggunaan CCTV dalam lokap-lokap PDRM akan dipertingkatkan bagi memastikan ketelusan, mencegah salah laku dan menangani masalah kematian dalam tahanan.
"Lokap perlu mempunyai kamera supaya kita tahu apa yang sebenarnya berlaku," katanya.
Dr Mahathir berkata terdapat permintaan daripada PDRM, JKDM dan JIM bagi menambah pegawai susulan penambahan bilangan pelancong dan pekerja asing ke negara ini.
Katanya walaupun ketika ini jumlah kakitangan awam terlalu ramai sehingga mencecah 1.7 juta orang, namun kerajaan perlu memikirkan kaedah yang sesuai bagi memastikan operasi ketiga-tiga jabatan itu tidak terjejas akibat kekurangan pegawai.
"Mungkin kita boleh tukarkan beberapa orang yang sudah bekerja untuk tugas yang lebih penting kerana kita tak boleh tambah terlalu banyak memandangkan kita tak mempunyai wang yang cukup," katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata mesyuarat JKKMAR juga mengambil maklum bahawa satu arahan Perdana Menteri akan disediakan mengenai panduan dan tatacara pengeluaran penyataan sokongan dalam apa jua bentuk oleh anggota pentadbiran.
Katanya arahan itu turut terpakai kepada semua pegawai awam di peringkat persekutuan, dan juga dipanjangkan serta tertakluk kepada penerimaannya di peringkat negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.
Menjelang sesi ucapan Belanjawan 2020 pada 11 Okt, Dr Mahathir berkata kerajaan akan memastikan bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berintegriti tinggi dan pengurusan governans yang baik terus dilaksanakan melalui inisiatif-inisiatif dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 19 2019

Menurut Dr Mahathir, kerajaan setuju untuk melaksanakan penggunaan kamera badan pada pegawai penguat kuasa seperti polis, imigresen dan kastam. - Gambar fail BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PdPR: MOSTI pandang serius rungutan kekurangan peranti mudah alih
MOSTI memandang serius rungutan plebagai pihak terutamanya ibu bapa mengenai kekurangan peranti mudah alih untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Belanjawan 2021 ajak rakyat Malaysia teguh dan bersatu
Memperuntukkan sejumlah RM322.5 bilion, ia sememangnya satu jumlah yang amat besar berbanding belanjawan negara sebelum ini.

CUEPACS gesa kerajaan segerakan penebusan ganti cuti rehat
Penebusan awal gantian cuti rehat melibatkan penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dan pelaksanaan sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Jan 2020.

PKP: Ekonomi Malaysia menguncup lebih daripada -2 peratus - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata jangkaan penurunan tersebut disebabkan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.

Ambil serius pelaksanaan Belanjawan 2020 - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan pelaksanaan perbelanjaan secara lebih berhemah dan mengurangkan ketirisan bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.

E-Tunai: Pengguna manfaatkan RM30 beli barang rumah, makanan
Sebanyak 4.8 juta permohonan dengan 3.5 juta permohonan telah diluluskan dan ia menunjukkan respons yang amat menggalakkan.

Kerajaan akan berusaha naikkan elaun guru KAFA - Mujahid
Katanya, dengan adanya kenaikan elaun itu, secara tidak langsung ia akan menaikkan semangat dan kualiti para guru dalam menjalankan tugas mendidik.

Program e-Tunai Rakyat: Data peribadi disimpan secara sulit oleh Khazanah Nasional
Khazanah Nasional Berhad adalah sebuah syarikat pelaburan dana kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan dan semua data diperolehnya adalah sama seperti yang dimiliki oleh kerajaan.

15 juta rakyat Malaysia terima RM30 mulai 15 Januari - Lim Guan Eng
Kerajaan memperuntukkan RM450 juta dengan kerjasama tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch n Go eWallet yang akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.

Sumbangan ekonomi digital kepada KDNK dijangka melebihi 21 peratus pada 2022 - Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan sedang melabur sebanyak RM21.6 bilion dari tahun 2019 hingga 2023 bertujuan merancakkan ekonomi digital negara.