Seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah, didakwa mengarahkan pelajar bukan Islam di sekolah itu, untuk meminum air kencing mereka sendiri.
Berita itu mula tersebar di laman media sosial melalui sepucuk surat yang ditulis oleh ibu-bapa murid-murid bukan Islam kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.
Menurut surat itu, murid-murid bukan Islam diarah untuk minum air di tandas dan melarang mereka minum di dalam kelas sempena bulan Ramadan.
Surat itu turut mengatakan, sekiranya pelajar tidak mempunyai air, malah mereka perlu minum air paip atau air kencing sendiri.
"Adalah juga jelas beliau sebagai seorang guru tidak menghormati perasaan pelajar-pelajar, guru-guru, dan waris-waris bukan Islam," kata surat itu.
Surat itu juga mendakwa guru berkenaan berkata demikian di dalam ucapannya ketika perhimpunan pada 21 Jun.
Ekoran itu, Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah diarah untuk menyiasat insiden terbabit.
“Kami kini sedang menunggu keputusan.
“Walau bagaimanapun , di peringkat dasar, jika dakwaan ini benar, ia pastinya bukan dasar Kementerian.
"Juga jika didapati benar mereka yang bertanggungjawab akan ditangani secara serius kerana melanggar polisi Kementerian,” katanya dalam satu kenyataan dalam laman Facebooknya.
T K Letchumy Tamboo
Mon Jun 22 2015
Seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah, didakwa mengarahkan pelajar bukan Islam di sekolah itu, untuk meminum air kencing mereka sendiri.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
Pemandu peribadi didakwa kelar tangan anak tiri, paksa minum air kencing
Seorang pemandu peribadi hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan iaitu mengelar tangan anak tiri lelakinya dan memaksa anak tiri perempuannya meminum air kencing.
Guru arah murid bukan Islam minum air kencing sendiri, Timb Menteri arah siasat
Seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah, didakwa mengarahkan pelajar bukan Islam di sekolah itu, untuk meminum air kencing mereka sendiri.