Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan guru merupakan punca kegagalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti yang tersebar baru-baru ini.
Sebaliknya Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan mengenai KBAT telah disalah tafsir.
Menurutnya, KBAT yang baru dilaksanakan tiga tahun yang mana para guru juga dilatih dari semasa ke semasa sebagai satu transformasi dalam pendidikan.
"Tidak timbul soal kegagalan KBAT ini berpunca daripada guru kerana secara keseluruhannya ia membabitkan semua masyarakat.
"Yang pentingnya adalah guru-guru dilatih dari semasa ke semasa dan tidak timbul soal kegagalan (pada guru).
"Jika saya lihat kembali kenyataan itu (Kamalanathan) bukan maknanya Kamalanathan sebut kata kegagalan daripada guru, sebaliknya melibatkan keseluruhan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Liga Piala Ahli Parlimen Padang Terap, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang, petang ini.
Beliau mengulas kenyataan Kamalanathan yang disalah tafsir portal berita seolah-olah menyalahkan guru menjadi punca kegagalan KBAT.
Malah Kementerian Pendidikan turut dipersalahkan beberapa pihak susulan laporan yang disalah tafsir itu termasuk Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan yang mendakwa sistem dan dasar pendidikan tidak ditambah baik menjadi punca kegagalan itu.
Mengulas mengenai dakwaan Manivannan itu, Mahadzir berkata, KBAT bukanlah program sebaliknya ia adalah satu kaedah berfikir yang dimasukkan dalam pengajaran di sekolah.
Dalam tranformasi pendidikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa membuat KBAT pada 2010 dan diumumkan kepada rakyat pada tahun 2013, beliau mahu ada anjakan dalam soal pemikiran kanak-kanak dengan memasukkan elemen KBAT.
Beliau berkata, tidak timbul isu setiap kali menteri bertukar dasar pendidikan turut bertukar kerana apa yang dibuat merupakan kesinambungan daripada sistem sebelum ini.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Nov 11 2017
Mahdzir menafikan kegagalan KBAT berpunca daripada guru. - Gambar fail
Mahkamah tetapkan 28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab
Ia berhubung rayuan oleh MyCC yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikat.
Langkawi bakal diserikan dengan Festival Mahsuri Disember ini
Festival Mahsuri bertujuan menjadikan Langkawi sebagai destinasi utama untuk pengalaman budaya bertaraf dunia.
Keciciran pelajar sekolah menengah di Terengganu membimbangkan - Exco
Terengganu merekodkan seramai 581 pelajar yang tercicir di peringkat sekolah menengah pada 2023.
Adaptasi SDG: Malaysia berada pada tahap lebih tinggi berbanding negara lain - Nga
Nga Kor Ming berkata Malaysia menerima 43 peratusan mata bagi sasaran SDG 2030, berbanding mata purata global iaitu 17 peratus.
Garis Panduan PEERS KPM tingkatkan kesedaran kesihatan reproduktif masyarakat - Fadhlina
Ia dapat meningkatkan tahap kesedaran kesihatan reproduktif dalam kalangan masyarakat khususnya ibu bapa dan pelajar sekolah.
10 Berita Pilihan - (20 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.
AWANI Tonight: Tennis: Nadal bids farewell after Davis Cup loss
Rafael Nadal’s illustrious career, marked by 22 Grand Slam titles, came to an emotional end as the Spaniard was defeated by by the Netherlands in the Davis Cup. He broke down in tears after what would be his final match before retiring.
AWANI Tonight: COP29: Affordable housing to feature climate-resilient designs
The Housing and Local Government Ministry plans to incorporate climate-resilient designs into future affordable housing projects to ensure the urban poor are included in Malaysia's sustainability transition, says Minister Nga Kor Ming at COP29.
AWANI Tonight: Bus Electrocution: Wiring did not comply with safety standards
An investigation revealed that faulty electrical wiring on an express bus caused the electrocution death of an 18-year-old boy. Transport Minister Anthony Loke highlights several critical lapses in the bus's wiring and equipment.
Utamakan kepentingan negara daripada kepentingan peribadi - KPN
Polis akan awasi perkembangan politik secara dekat bagi mengesan jika ada usaha dan perancangan individu atau kumpulan berkepentingan yang mahu menggugat keharmonian negara.
Guru bukan punca KBAT gagal
Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan guru merupakan punca kegagalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti yang tersebar baru-baru ini.