Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru guru agar melipatgandakan usaha melonjakkan kualiti pendidikan negara agar setanding dengan kualiti pendidikan di peringkat antarabangsa.
Ketika ini, pencapaian pendidikan negara secara keseluruhannya masih berada di bawah paras pencapaian purata negara-negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
"Saya tahu usaha ini akan memakan masa. Kerana itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dirangka untuk dilaksanakan dalam tempoh 12 tahun, iaitu bermula dari tahun 2013 hingga 2025.
"Kita ada lima tahun lagi untuk melonjakkan kualiti pendidikan di negara kita supaya berada dalam kategori sepertiga teratas atau the top third dalam penarafan kualiti sistem pendidikan antarabangsa.
"Saya percaya dengan semangat, komitmen dan dedikasi para guru semua, kita akan berjaya mencapai matlamat ini," katanya semasa Perutusan Khas Sempena Hari Guru pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata beliau terlibat dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ketika menjadi Menteri Pendidikan.
Pada ketika itu kerajaan bimbang dengan pencapaian pendidikan di negara ini yang dikatakan berada dalam kelompok satu pertiga terbawah atau the bottom third dalam penarafan sistem pendidikan di peringkat antarabangsa.
Bagaimanapun, hari ini beliau lega dan gembira kerana hasil kerja keras para guru melaksanakan pelbagai inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, Malaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kelompok satu pertiga terbawah.
"Pencapaian murid kita dalam ujian PISA bagi mata pelajaran Matematik telah meningkat daripada 421 mata pada tahun 2012 kepada 440 mata dalam tahun 2019.
"Pencapaian murid kita dalam mata pelajaran Sains juga telah meningkat daripada 420 mata pada tahun 2012 kepada 438 mata pada tahun 2019. Tahniah saya ucapkan kepada guru-guru kita semua," tambahnya.
Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada tokoh-tokoh warga pendidik yang banyak memberikan sumbangan kepada pendidikan negara.
Ucapan tahniah termasuk kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor , Nor Hainei Abu Bakar yang dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan, dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi), Aminudin Adam yang dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan.
"Anugerah ini merupakan penghargaan tertinggi negara kepada guru-guru yang telah mencurahkan khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa.
"Saya berharap anugerah ini akan menjadi pembakar semangat kepada semua warga pendidik untuk terus bekerja keras dan memberikan sumbangan yang terbaik dalam melonjakkan lagi mutu pendidikan di negara kita," tambahnya.
Astro Awani
Sat May 16 2020
Perdana Menteri dalam perutusan Hari Guru beliau hari ini turut mengucapkan tahniah kepada tokoh-tokoh warga pendidik yang banyak memberikan sumbangan kepada pendidikan negara.
Rumah terbakar, sambutan Tahun Baharu Cina empat sekeluarga bertukar suram
Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bagi empat sekeluarga bertukar duka apabila kediaman dihuni mereka di Hulu Langat, pagi tadi.
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun
Keadaan itu boleh menjadi masalah terhadap produktiviti ekonomi.
China jadi pasaran runcit dalam talian terbesar dunia selama 12 tahun berturut-turut
Industri borong dan runcit di China mencatat kemajuan stabil didorong oleh pelbagai dasar.
Suruhanjaya Eropah rancang ambil pendekatan agresif kurangkan birokrasi
Suruhanjaya itu akan melancarkan langkah yang tidak pernah dilakukan sebelum ini bagi menangani isu birokrasi.
Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun
Ketetapan itu menggantikan peraturan semasa yang hanya mewajibkan deposit 30 peratus untuk tempoh minimum tiga bulan.
BNM terus pantau inflasi domestik, prospek pertumbuhan
Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour menegaskan pendekatan kepada dasar monetari kekal dipacu berasaskan data dan berpandangan ke hadapan.
Pendekatan Trump mungkin ambil masa setahun tunjuk hasil - Penganalisis
Pentadbiran Trump menghantar dua isyarat segera: 'Amerika kembali berurusan seperti biasa' dan 'Amerika serius dalam berurusan.'
Pakar ekonomi: KDNK Malaysia 2024 dijangka melangkaui anggaran 5.4 peratus
UOB Kay Hian Wealth Advisors optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Malaysia akan melangkaui anggaran awal sebanyak 5.1 peratus yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Thailand seru rakyatnya di Malaysia pulang, teroka peluang pekerjaan
Ramai rakyat Thailand, terutama dari wilayah selatan berhijrah ke Malaysia untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaan serta restoran.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal 4.5 peratus pada 2025 - OCBC
Walaupun wujud turun naik bulanan, pertumbuhan eksport kekal berdaya tahan, disokong oleh tahap terendah dalam kitaran menurun eksport elektronik global.
SEZ Johor-Singapura, eratkan lagi integrasi dalam ASEAN - PM Anwar
JS-SEZ adalah inisiatif unik apabila kedua-dua negara bekerjasama membantu mempromosikan kedua-dua negara dan menarik pelaburan.