Beribu-ribu guru pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negara berdepan dengan risiko kehilangan pekerjaan berikutan kebanyakan tadika swasta tidak mampu lagi bertahan tanpa beroperasi semula dalam tempoh terdekat.
Ketidakpastian tarikh sebenar kira-kira 10,000 tadika swasta berdaftar di seluruh negara dibenarkan beroperasi semula oleh Kementerian Pendidikan menyebabkan pengusaha terbabit terus terhimpit dengan beban kewangan dan diancam gulung tikar.
Pengerusi Pertubuhan Penggalak Membaca Malaysia (PPMM), Chahaya Abdul Manan berkata, operasi tadika swasta dibiayai sepenuhnya yuran bulanan sedangkan semakin ramai ibu bapa tidak lagi membayar yuran kerana anak tidak dihantar belajar.
Beliau berkata, walaupun pengusaha tadika mengadakan kelas pembelajaran secara dalam talian dari rumah, penyertaan murid semakin merosot terutama selepas ibu bapa kembali bekerja manakala anak-anak dihantar ke pengasuh sejak awal Mei lalu.
“Walaupun ada guru tadika mendapat bantuan Program Subsidi Upah (PSU), banyak kos lain masih perlu ditampung terutama sewa bangunan, utiliti dan sara hidup pengusaha,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau mengulas pengumuman Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin hari ini, bahawa pelajar tingkatan 5 dan 6 serta pelajar yang mengambil peperiksaan utama atau setaraf sahaja akan kembali bersekolah bermula 24 Jun ini dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Chahaya yang juga aktivis membaca awal usia berkata, rata-rata pengusaha tadika adalah dari golongan M40 yang bergantung sepenuhnya kepada tadika untuk sara hidup keluarga manakala guru tadika terdiri daripada golongan B40.
“Apabila pengusaha tadika gulung tikar, guru tadika akan hilang pekerjaan. Seterusnya, anak-anak tidak dapat disediakan dengan kemahiran asas seperti membaca sebelum masuk ke sekolah rendah.
“Ibu bapa juga kehilangan tempat jagaan anak kerana kebanyakan tadika juga dipakejkan sebagai pusat jagaan harian,” katanya mendedahkan sudah banyak tadika mengecilkan operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tidak mampu menampung kos terutama sewa bangunan.
Menurutnya, Kementerian Pendidikan perlu menimbangkan pembukaan semula operasi secepat mungkin bagi mengelakkan rantaian tindak balas kesan penutupan tadika swasta yang selama ini menjadi penghubung dan sistem sokongan industri pendidikan negara.
“Pengusaha tadika di seluruh negara bersedia untuk mematuhi SOP ditetapkan kementerian asalkan dapat beroperasi semula secepat mungkin.
“Malah, sebenarnya penjagaan anak di tadika adalah jauh lebih mudah berbanding jagaan di taska kerana faktor komunikasi dan murid lebih patuh dan senang dikawal,” katanya.
Astro Awani
Wed Jun 10 2020

Rata-rata pengusaha tadika adalah dari golongan M40 yang bergantung sepenuhnya kepada tadika untuk sara hidup keluarga manakala guru tadika terdiri daripada golongan B40. - Gambar hiasan

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.

Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.

Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.

KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.

Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.

Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.

'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.

Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.

Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.

7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?