"Kita tidak boleh mudah percayakan orang kerana ada sahaja cara orang hendak menipu kita. Jadi cikgu, saya juga mengingatkan diri saya sendiri, kita kena ambil pengajaran dari apa yang berlaku.
"Saya juga pernah dihubungi individu yang mendakwa dari Mahkamah Putrajaya sedangkan itu hari Ahad," kata Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh ketika prosiding perbicaraan seorang guru, Haslina Mohd Dewa, 48, di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini hari ini sebelum menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadapnya.
Tertuduh yang juga seorang guru di sebuah sekolah menengah di Seremban, Negeri Sembilan dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyembunyikan dan mengalihkan harta melalui akaun bank pada Julai dan Ogos tahun lalu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 17 Julai hingga 2 Ogos tahun lalu antara jam 11.12 pagi hingga jam 4.39 petang di Hospital Melaka didakwa secara tidak jujur menyembunyi dan mengalihkan harta melalui akaun Hong Leong Bank milik sendiri iaitu wang hasil penipuan tipu urusan jual beli kereta daripada P Subahtra, berjumlah RM23,200.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Raudhah Mazman memohon hukuman yang setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh.
Manakala, tertuduh yang diwakili peguam Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh bagaimanapun memohon hukuman diringankan dengan mengambil kira tertuduh telah 22 tahun berkhidmat sebagai pendidik, selain menanggung empat anak berusia 25, 21,19 dan 13 tahun.
Sejurus mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mohamad Izwan kemudian menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 12 bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Jan 07 2020
Haslina didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - Foto Astro AWANI
[TERKINI] Tragedi Kepala Air: 6 dikhuatiri lemas di Lembah Maksina
Enam orang dikhuatiri lemas, dua orang cedera manakala sembilan lagi selamat selepas dipercayai diserang kepala air di Lembah Maksina, Makuau malam tadi.
MCMC cadang tambah baik liputan internet di Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluaskan radius liputan internet sedia ada di sekitar Pulau Kapas dan Pulau Gemia.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: 6 dikhuatiri lemas, dua cedera
Sembilan peserta river trekking pula selamat selepas terperangkap di Lembah Maksina, Makuau, Lahad Datu akibat banjir kilat malam tadi.
TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji
Persediaan Tabung Haji kini mencapai skala 90 peratus lengkap, sementara 10 peratus lagi menanti kedatangan KT jemaah pertama pada 9 Mei.
P S Nathan umum lepaskan jawatan Presiden MTBC selepas 50 tahun
P S Nathan melepaskan jawatannya sebagai Presiden MTBC selepas 50 tahun menerajui badan sukan itu.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
UAE umumkan kejayaan hantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza
Penyampaian dan pengagihan makanan untuk menyelamatkan nyawa itu bagi 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE.
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia" yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia.
Guru wanita mengaku salah sembunyi harta hasil penipuan
Seorang guru di sebuah sekolah menengah di Seremban, Negeri Sembilan dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyembunyikan dan mengalihkan harta melalui akaun bank.