Bukan urusan politik. Ia adalah demi kemakmuran dan keamanan negeri Sarawak.
Itu penegasan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, berhubung tindakan Kerajaan Negeri Sarawak menghalang beberapa individu dari Semenanjung dan Sabah daripada memasuki negeri itu.
Individu yang dimaksudkan termasuk Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan blogger Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Tegas Abdul Karim, hak imigresen adalah ‘hak negeri’ yang diperoleh sewaktu Perjanjian Malaysia pada 1963, dan ia kekal tidak kira parti mana yang memerintah negeri Sarawak.
"Kecuali jika hak itu dikeluarkan, dipinda ataupun Kerajaan Negeri Sarawak membatalkan, baru hak itu boleh hilang dengan sendiri. Pada pendapat saya, hak imigresen tersebut perlu dikekalkan sampai bila-bila," katanya.
Katanya, memang ada banyak pihak yang menulis kepada Kerajaan Negeri agar status mereka disemak semula, malah tidak kurang yang tidak berpuas hati.
"Kerajaan Sarawak bukannya mengambil keputusan sebarangan untuk menyekat sesiapa masuk ke negeri ini. You must come from a list. Ada senarai yang diberikan (kepada pihak berkuasa) bersama sebab-sebab tertentu seseorang individu itu ditegah masuk.
"Mungkin disebabkan ucapan individu itu dahulu atau mungkin individu itu terlibat dalam kes-kes tertentu," kata Abdul Karim ketika ditemui di sidang media penganjuran Miss Malaysia World 2018 yang akan berlangsung di Kuching bulan depan.
Untuk rekod, sejak era bekas ketua menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, Sarawak telah melaksanakan peraturan ketat untuk menghalang pemimpin politik yang lantang untuk memasuki negeri itu.
Difahamkan, ia bertujuan untuk mengelakkan risiko perpecahan selain gugatan kepada keharmonian penduduk pelbagai kaum di negeri tersebut.
Antara yang pernah dihalang masuk Sarawak termasuk pendakwah terkenal, Ahmad Deedat.
Astro Awani
Tue Aug 28 2018
!['Hak imigresen' melarang individu masuk Sarawak 'Hak imigresen' melarang individu masuk Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61535425491_AbdulKarimRahmanH.jpg)
ABDUL KARIM: Jika seseorang individu dilarang masuk ke Sarawak, ia mesti berdasarkan sebab-sebab tertentu. - BERNAMA/Fail
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738669058_tbSPRM.jpg)
SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI
SPRM terus memperhebat penyiasatan dan mempergiat kerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Isu garis panduan JAKIM hangatkan sesi Parlimen
"Cadangan menetapkan garisan panduan bukan saja bertentangan dengan semangat perpaduan negara, malah akan memperdalam jurang antara kaum serta agama," kata Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
"Ini untuk mengelak perkara yang boleh merosak akidah orang Islam. Menghadiri upacara keagamaan, selain upacara keagamaan, tiada masalah," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Ini untuk mengelak perkara yang boleh merosak akidah orang Islam. Menghadiri upacara keagamaan, selain upacara keagamaan, tiada masalah," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dua warga Indonesia mengaku tidak bersalah miliki dan jual senjata
Dua lelaki Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth diatas pertuduhan berdagang senjata api.
22 individu mengaku tidak bersalah tuduhan jenayah terancang
22 individu dikaitkan dengan GISB, termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![Sarawak mahu acara perasmian Sukan SEA 2027 berlangsung di Kuching Sarawak mahu acara perasmian Sukan SEA 2027 berlangsung di Kuching](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719396205_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Sarawak mahu acara perasmian Sukan SEA 2027 berlangsung di Kuching
Sarawak mahu acara perasmian Sukan SEA 2027 diadakan di bandar raya Kuching selaku penganjur bersama temasya sukan itu.
![Padang kriket Sarawak dinaik taraf selepas SUKMA - Abdul Karim Padang kriket Sarawak dinaik taraf selepas SUKMA - Abdul Karim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722596797_PadangKriket.jpg)
Padang kriket Sarawak dinaik taraf selepas SUKMA - Abdul Karim
Buat masa ini padang tersebut tidak mempunyai kemudahan asas seperti bilik persalinan pemain dan tempat duduk penonton.
![Keputusan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bakal diketahui bulan ini - Abdul Karim Keputusan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bakal diketahui bulan ini - Abdul Karim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
Keputusan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bakal diketahui bulan ini - Abdul Karim
Keputusan pemohonan Sarawak untuk menyenaraikan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO , bakal diketahui hujung bulan ini.
![MM2H: Sarawak mahu penjelasan terperinci - Abdul Karim MM2H: Sarawak mahu penjelasan terperinci - Abdul Karim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719396205_AbdulKarimRahmanH.jpg)
MM2H: Sarawak mahu penjelasan terperinci - Abdul Karim
Sarawak mahu penjelasan daripada kerajaan Persekutuan mengenai penurunan 'kuasa' yang melibatkan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).
![Larian baton SUKMA 2024 berakhir di Kuching Larian baton SUKMA 2024 berakhir di Kuching](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719116158_tbSUKMA.jpg)
Larian baton SUKMA 2024 berakhir di Kuching
Larian itu sebelum ini melalui Limbang, Miri, Bintulu, Mukah, Sibu, Kapit, Sarikei, Betong, Sri Aman, Serian dan Samarahan.
![Setiap negeri perlu labur untuk Malaysia gapai emas Olimpik - Abdul Karim Setiap negeri perlu labur untuk Malaysia gapai emas Olimpik - Abdul Karim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Setiap negeri perlu labur untuk Malaysia gapai emas Olimpik - Abdul Karim
Tanggungjawab untuk pembangunan bakat sukan tidak sepatutnya diserahkan bulat-bulat kepada Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan.
![Pertimbang keputusan henti permohonan MM2H di Sabah dan Sarawak Pertimbang keputusan henti permohonan MM2H di Sabah dan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717080800_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Pertimbang keputusan henti permohonan MM2H di Sabah dan Sarawak
MOTAC dimohon agar mempertimbangkan keputusan menghentikan operasi permohonanan program MM2H yang bakal menjejaskan sektor pelancongan khususnya di Sabah dan Sarawak.
![Tawaran Sarawak untuk jadi antara venue Sukan SEA 2027 terima maklum balas positif Tawaran Sarawak untuk jadi antara venue Sukan SEA 2027 terima maklum balas positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717191521_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Tawaran Sarawak untuk jadi antara venue Sukan SEA 2027 terima maklum balas positif
Perkara itu hasil beberapa mesyuarat yang diadakan setakat ini dengan Kerajaan Persekutuan.
![Rundingan autonomi pelancongan masih berlangsung - Abdul Karim Rundingan autonomi pelancongan masih berlangsung - Abdul Karim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Rundingan autonomi pelancongan masih berlangsung - Abdul Karim
Rundingan itu penting untuk menyatakan hak Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 bagi memasukkan perkara pelancongan.
![Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714044624_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.