Mahkamah Tinggi Miri hari ini menangguhkan sebutan kes empat orang yang didakwa dalam pembunuhan setiausaha PKR Bill Kayong.
Pesuruhjaya Kehakiman Dr Alwi Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas Ranbhir Singh Sangha, peguam bela bagi tertuduh, mahukan hakim berkenaan menarik diri daripada mendengar kes itu.
Ranbhir, peguam bela bagi tertuduh pertama Mohamad Fitri Pauzi dan tertuduh kedua Lie Chang Loon, berkata sepucuk surat bertarikh 3 Jan 2017 telah dialamatkan kepada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, memohon hakim baharu bagi mendengar kes itu.
Ranbhir, bagaimanapun tidak memberitahu mahkamah sebab bagi permintaan untuk hakim baharu.
Alwi belum menetapkan tarikh baharu bagi sebutan seterusnya kes itu oleh kerana ia mungkin didengar olah seorang hakim baharu.
Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar bertindak bagi pihak pendakwa.
BACA: Datuk nafi terlibat dalam pembunuhan Bill Kayong
BACA: Pembunuhan Bill Kayong: Kes Datuk Stephen Lee dipindah ke Mahkamah Tinggi Miri
Ahli pernigaan Datuk Stephen Lee Chee Kiang, 45; pembantu peribadi Lee, Chin Wui Ching, 50; dan pemilik pub Lie Chang Loon, 37; minta dibicarakan atas dakwaan bersubahat dengan bouncer Mohamad Fitri, 29, dalam pembunuhan Bill, yang nama Islamnya ialah Mohd Hasbie Abdullah.
Mereka dikatakan melakukan kesalahan itu di persimpangan lampu isyarat dekat E-Mart Supermarket di bypass Jalan Kuala Baram kira-kira 8.20 pagi 21 Jun, 2016.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 109, dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Tertuduh pertama, Mohamad Fitri, juga mengaku tidak bersalah membunuh Bill di tempat, masa dan tarikh yang sama, didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2017

Mahkamah Tinggi Miri hari ini menangguhkan sebutan kes empat orang yang didakwa dalam pembunuhan setiausaha PKR Bill Kayong. - Gambar fail

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Hakim diminta tarik diri dari mendengar kes bunuh Bill Kayong
Mahkamah Tinggi Miri hari ini menangguhkan sebutan kes empat orang yang didakwa dalam pembunuhan setiausaha PKR Bill Kayong.

Pembunuhan Bill Kayong: Kes Datuk Stephen Lee dipindah ke Mahkamah Tinggi Miri
Mahkamah Majistret Miri membenarkan permohonan untuk memindahkan kes Datuk Stephen Lee Chee Kiang, yang dituduh bersubahat dalam pembunuhan Setiausaha PKR Bill Kayong, ke Mahkamah Tinggi Miri.