Tindakan sekumpulan individu yang menghalau Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan pasukannya di bazar Ramadan di bandar Kluang, Johor pada Sabtu tidak sewajarnya berlaku.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kecewa dengan sikap itu berkata, walaupun pemimpin DAP itu bukan beragama Islam, beliau tidak sepatutnya diperlakukan begitu.
"Lebih-lebih lagi beliau adalah seorang Ahli Parlimen, yang mana menjadi tanggungjawab beliau untuk mendekati masyarakat di kawasannya, tanpa mengira kaum dan agama.
"Malah, setiap orang yang beragama Islam sepatutnya menampilkan akhlak Islam yang sebenar. Islam tidak mengajar umatnya bertindak kasar kepada sesiapapun," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Menerusi video yang kini tular di media sosial, kelihatan beberapa individu bertindak menghalau dan memarahi Liew dan kumpulannya yang sedang mengedarkan buah kurma kepada umat Islam di bazar Ramadan tersebut.
Menzahirkan kesalannya, Liew dalam kenyataan di Facebooknya pagi ini berkata, kejadian itu berlaku sebelum jam 7 petang semasa beliau dan kakitangannya berada di bahagian barang kering bazar itu.
Pengerusi DAP negeri itu berkata, beliau bersama Adun Mengkibol, Tan Hong Pin serta Ketua Bahagian PPBM Kluang, Radzali Mohd Noor serta beberapa wakil parti Pakatan Harapan memasuki kawasan bazar itu yang terletak di Jalan Manggis.
Menurutnya, ia sebagai menjayakan satu program iaitu mengedarkan kurma percuma kepada masyarakat Kluang bagi pihak Pakatan Harapan bersempena kedatangan bulan Ramadan.
Bagaimanapun, Liew berkata, edaran kurma di bahagian gerai yang menjual makanan dan kuih-muih berjalan dalam keadaan rukun, muhibah serta penuh semangat silaturahim.
Jelas Muhyiddin, Islam menuntut umatnya supaya bersikap rahmah atau mengasihi sesiapa sahaja, terutama di kalangan rakyat Malaysia, yang berbilang kaum dan agama.
"Penting untuk kita memupuk semangat perpaduan dan saling hormat menghormati antara sesama insan walaupun berbeza kaum, agama dan fahaman politik.
"Menghormati sesama manusia adalah tuntutan Islam yang utama dan sebagai umat Islam, sewajarnyalah kita mengamalkan ajaran Islam yang sebenar," katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Jun 11 2017
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kecewa dengan sikap itu berkata walaupun Liew bukan beragama Islam, namun beliau tidak sepatutnya diperlakukan begitu. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Sistem e-Selfaudit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (6 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [6/2/2025] – Tragedi helikopter di Bentong | Ziana, Jalaluddin, Sheikh Muszaphar beri keterangan | Garis panduan di rumah ibadat bukan Islam
- Jurutera maut dilibas bilah helikopter dalam nahas di Bentong
- Fokus keterangan tiga selebriti, SPRm teliti jumlah bayaran diterima
- Kabinet bincang garis panduan orang Islam dalam rumah ibadat bukan Islam
- Kementerian Pendidikan tidak kompromi pelajar hisap vape
- Fokus keterangan tiga selebriti, SPRm teliti jumlah bayaran diterima
- Kabinet bincang garis panduan orang Islam dalam rumah ibadat bukan Islam
- Kementerian Pendidikan tidak kompromi pelajar hisap vape
Ketua Audit Negara gesa syarikat kerajaan guna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya
Syarikat-syarikat milik kerajaan digesa mengguna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya sebagai pembaharuan dalam kaedah pengauditan bagi memantapkan tata kelola syarikat kerajaan.
Trump mahu Gaza: Rakyat AS akan bangkit menentang - Penganalisis
Profesor Hubungan Antarabangsa UNISZA dan Felo Kanan Hal Ehwal Antarabangsa Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh berkata rakyat Amerika Syarikat dijangka akan bangkit dan mengadakan demonstrasi terhadap keputusan Presiden Donald Trump untuk mengambil alih Gaza. Bekas tahanan Israel pada tahun 2018 itu menjelaskan bantahan itu susulan keputusan berkenaan jelas merugikan negara berkenaan. #DialogTigaPenjuru
Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin berkata mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel. Jelasnya, mekanisme ini merupakan satu prinsip yang telah diiktiraf diperingkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). #DialogTigaPenjuru
OKU kutip makanan tamat tempoh tampung hidup lima beranak
Kesusahan hidup memaksa seorang lelaki kurang upaya (OKU) memberi makanan tamat tempoh kepada keluarganya bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Dialog Tiga Penjuru: Lagi kes aniya haiwan
Sumbat ‘oyen’ dalam guni, belas ihsan manusia semakin menipis? Tanggungjawab melindungi haiwan (pelihara dan terbiar), kalau bukan kita siapa lagi? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham tenaga, indeks komposit naik 0.67 peratus
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan pembelian meluas ketika sesi akhir, dengan petunjuk pasaran menamatkan dagangan pada paras tertinggi harian, dipacu oleh saham-saham tenaga, kata penganalisis.
Bedah siasat mangsa nahas helikopter dijalankan esok
Bedah siasat jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di sini pagi tadi, akan dijalankan pada 11 pagi esok.
Halau bukan Islam: Tidak sepatutnya berlaku - Muhyiddin
Muhyiddin yang kecewa dengan sikap itu berkata, walaupun pemimpin DAP itu bukan beragama Islam, beliau tidak sepatutnya diperlakukan begitu.