Hampir 4,000 orang tidak melepaskan peluang untuk mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Fariq Naik, anak kepada pendakwah terkenal Dr Zakir Naik yang diadakan di Dewan Tunku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM) di sini malam tadi.
Fariq, 22, yang merupakan lulusan A level (CIE, UK), di Islamic International School and Junior College, Mumbai, India itu menyampaikan ceramah bertajuk 'Misconceptions About Islam' (Salah Tanggapan Mengenai Islam).
Dalam ceramah selama 1 jam 15 minit anjuran Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) itu, Fariq turut berkongsikan berkenaan isu serta soalan yang seringkali menjadi pertanyaan dan persoalan oleh orang bukan Islam antaranya isu poligami, jihad dan pemakaian hijab oleh wanita Islam.
Rata-rata penonton yang hadir menyaksikan ceramah Fariq melahirkan rasa teruja dan berpuas hati dengan cara penyampaian Fariq yang mudah difahami pendengar.
Bagi suri rumah Safiah Abdul Satar, 56, ceramah yang disampaikan oleh anak muda itu sangat bagus untuk difahami dan baginya ia tidak cukup puas untuk didengar kerana masih banyak perkara yang ingin diketahui mengenai salah faham terhadap Islam.
"Cara penyampaian Fariq sangat ringkas dan mudah faham, namun waktu yang singkat malam ini membantutkan Fariq untuk menjawab kesemua 20 persoalan apabila mampu menjawab separuh daripadanya," katanya ketika ditemui selepas ceramah itu.
Bagi penuntut USM, Baharuddin Abu Bakar, 25, pula berkata ceramah itu sangat berguna kepada orang Islam untuk berhadapan dengan rakan-rakan yang beragama lain bagi membetulkan salah faham mereka dan gambaran sebenar Islam itu.
"Kadangkala kita yang beragama Islam ini kata sahaja belajar pendidikan agama tetapi ilmu pengetahuan untuk menjawab persoalan orang bukan beragama Islam masih terlalu cetek dan perlu banyak dipelajari," katanya.
Beliau yang pada mulanya kecewa dengan pembatalan ceramah oleh Dr Zakir Naik sedikit terubat apabila Fariq berjaya menyampaikan ceramah yang setanding bapanya malah penggunaan bahasa Inggeris dalam ceramahnya cukup lancar dan difahami.
BACA: 8 fakta anda perlu tahu tentang Dr Zakir Naik
Seorang lagi hadirin yang juga penuntut USM, Zulfar Marwah, 26, berkata program yang mendapat sambutan ramai itu adalah sangat bagus kerana ia bukan sahaja bercerita mengenai hiburan tetapi dari segi intelektual.
Sementara itu, Fariq ketika ditemui Bernama seusai majlis itu turut melahirkan kesyukuran di atas sambutan yang diberikan orang ramai yang hadir mendengar ceramahnya.
"Alhamdulilah...program ini sangat bagus. Mengenai salah tanggapan terhadap Islam, ini sangat penting.
Kita perlu menyampaikan penyelidikan daripada al-Quran dan Hadis, jadi salah faham ini saya cuba untuk jelaskan kepada bukan muslim," katanya.
Pelbagai lapisan umur dilihat memenuhi ruang dewan, tidak cukup dengan itu, masyarakat berbilang bangsa dan agama turut hadir mengikuti ceramah tersebut menerusi skrin yang dipaparkan di luar dewan berkenaan.
Penglibatan Fariq dalam bidang syarahan agama ini adalah seawal usia lapan tahun kerana sering mengikuti program dakwah bapanya. Selain itu, sedari kecil lagi Fariq juga pernah memberikan dakwah singkat dalam bahasa Inggeris dan Arab di hadapan kira-kira 100 penonton di kota-kota di dunia seperti Chennai, Pune, Dubai, Itali dan Trinidad.
Turut hadir mendengar syarahan anak muda itu ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Mohd Noor.
Terdahulu, majlis itu dimulakan dengan ceramah oleh Pengasas Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) Kamarudin Abdullah bertajuk 'Kenali Islam'.
Bernama
Sat Apr 16 2016
Fariq (gambar) turut berkongsikan berkenaan isu serta soalan yang seringkali menjadi pertanyaan dan persoalan oleh orang bukan Islam antaranya isu poligami, jihad dan pemakaian hijab oleh wanita Islam. - Foto Bernama
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Zakir Naik cari calon menantu
Zakir memuat naik ciri-ciri wanita yang ingin dicarinya serta biodata anaknya bagi tatapan umum.
Hampir 4,000 orang dengar ceramah anak Zakir Naik, Fariq Naik di Pulau Pinang
Fariq menyampaikan ceramah bertajuk 'Misconceptions About Islam' (Salah Tanggapan Mengenai Islam).