KULIM: Hanya 50 peratus majikan di seluruh Semenanjung mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446), kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Mohd Asri Abd Wahab.
Justeru, beliau berkata majikan selebihnya perlu meningkatkan kebajikan pekerja meliputi aspek antaranya kesihatan, kebersihan dan keselamatan tempat tinggal pekerja mereka.
"Saya harap majikan dapat tampil bertemu dengan JTKSM bagi mendapatkan nasihat untuk memastikan penginapan yang mereka sediakan kepada pekerja menepati syarat termaktub di bawah akta," katanya kepada pemberita selepas Op Walit di beberapa buah premis di Taman Tiram di sini pada Ahad.
Dalam operasi itu, sebanyak lapan blok rumah kedai yang dijadikan asrama untuk pekerja tempatan dan warga asing membabitkan pelbagai sektor pekerjaan, telah diperiksa.
"Operasi hari ini tertumpu kepada isu penyediaan penginapan dan kita juga memeriksa sama ada majikan yang menempatkan pekerja mereka di deretan rumah kedai ini telah memperoleh Sijil Perakuan Penginapan atau sekurang-kurangnya telah memohon perakuan tersebut.
"Hasil pemeriksaan, walaupun majikan menyediakan penginapan tetapi ia tidak mempunyai Sijil Perakuan Penginapan daripada JTKSM, malah tiada rekod permohonan perakuan penginapan seperti yang tertakluk dalam Akta 446," katanya.
Sehubungan itu, katanya sebanyak 23 kertas siasatan dikeluarkan hari ini melibatkan beberapa kesalahan di bawah Akta 446 seperti tiada Sijil Perakuan Penginapan, tidak menyediakan katil, tilam, almari berkunci dan tandas seperti digariskan di bawah akta berkenaan.
"Kesemua kesalahan ini boleh dikenakan denda hingga RM50,000 bagi setiap kesalahan.
"Melihat kepada data berhubung Akta 446, bagi 2023 sahaja sebanyak 392 kertas siasatan telah dibuka dan daripada jumlah itu 284 kertas siasatan telah diberikan tawaran kompaun berjumlah RM2.71 juta," katanya.
Sebanyak 30 pegawai penguat kuasa terbabit dalam Op Walit yang dilaksanakan JTKSM dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kedah pada Ahadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023
Hanya 50 peratus majikan di seluruh Semenanjung mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446). - Gambar hiasan/BERNAMA
25 tokoh wanita dipilih menerusi inisiatif PERANTIS 2024 KPWKM - Nancy
Sebanyak 25 tokoh wanita yang berkelayakan daripada pelbagai latar belakang telah dipilih untuk menerima geran peruntukan menerusi Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2024.
Tumpuan Jumaat – 22 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (21 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih RM23 juta tunggakan premium oleh agensi pembangunan tanah persekutuan - MB Kelantan
Lebih RM23.4 juta jumlah tunggakan premium serta bayaran lain yang belum dijelaskan oleh agensi pembangunan tanah persekutuan di Kelantan.
Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2024 (DPT BLN10/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 20 Dis.
Polis minta bantuan orang ramai kesan dua remaja perempuan hilang
Kedua-dua remaja berkenaan ialah K. Rimashini, 15, dan Nur Adleena Batrisyia Mohd Saiful Nourman, 16.
PM Anwar ajak orang ramai hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai hadir ke Program 2TM dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang akan berlangsung bermula esok hingga Ahad di KLCC.
Malaysia kesal UNSC gagal lulus resolusi gencatan senjata di Gaza
Malaysia amat kecewa dengan kegagalan sekali lagi UNSC untuk menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata di Gaza.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim
Perhilitan Melaka terus diharapkan supaya dapat memasang perangkap di sungai tersebut bagi menangkap haiwan liar berkenaan.
Majikan lari tinggal pekerja warga asing selepas lihat pasukan imigresen
Lapan pekerja warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk tinggal dan bekerja di negara ini.
Pekerja Australia berhak abai e-mel, panggilan selepas kerja
Australia membenarkan pekerja mengabaikan mesej yang dihantar oleh syarikat atau majikan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja.
Kerajaan lihat keperluan panjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif - Rafizi
Ini supaya majikan mendapat manfaat daripada produktiviti dan pekerja yang berkemahiran menerusi program itu.
TAGS keluar award pertama bagi aduan gangguan seksual - KPWKM
TAGS memerintahkan responden untuk membuat pernyataan permohonan maaf sebagaimana yang dipohon oleh pengadu.
Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca
Ia bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
Lapan syarikat di Terengganu dikompaun abai keselamatan pekerja
Antara kesalahan tersebut ialah bekerja di tempat tinggi tanpa memakai pelindung diri.
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah
Perkara ini selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuat kuasa hari ini.
Talentbank umum senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, panduan terbaik untuk lepasan sekolah
Pandangan yang disediakan digarap daripada analisis terperinci dan menyeluruh Talentbank GE Index, yang menilai kebolehpasaran para graduan di seluruh Malaysia.
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei, daftar Perkeso sebelum Op Kesan
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei untuk mendaftar pekerja mereka secara sukarela dengan Perkeso, sebelum pelaksanaan Op Kesan 2024.