"Saya hanya ingat mati ketika harimau itu menjilat bahu saya."
Demikian luahan seorang pesara kerajaan, Abdul Fatah Wan A.Rahman, 68, dari Kampung Seren, Bukit Besi di sini yang video memaparkan dia terjatuh berdekatan harimau tular di media sosial.
Mengimbas kembali kejadian tersebut, Abdul Fatah berkata kira-kira 2 petang semalam, beliau mengajak isterinya Zarina Ahmad Khan, 59, serta anak mereka berkunjung ke Kampung Besul, Bukit Besi selepas berita mengenai kehadiran harimau 'jinak' di kampung tersebut heboh.
Tertarik dengan berita tersebut, beliau tidak mahu melepaskan peluang melihat 'raja rimba' itu dalam jarak dekat, namun ketika sedang asyik memerhatikannya bersama penduduk kampung, harimau tersebut tiba-tiba melompat naik daripada bawah tebing dan orang ramai lari lintang-pukang.
"Kejadian itu berlaku sekelip mata. Saya sendiri terjatuh ketika cuba melarikan diri. Bila cuba bangun, harimau itu sedang menjilat bahu saya dan saya lantas menepis mukanya sebesar dulang itu dengan tangan saya.
"Harimau tersebut kemudian hilang dari pandangan saya. Perasaan masa itu tidak dapat digambarkan dan masa itu saya hanya ingat mati," katanya ketika ditemui media di rumahnya hari ini.
Ekoran kejadian tersebut, Abdul Fatah mengalami cedera ringan di siku kanan dan kaki kiri serta demam kerana terkejut.
Menurutnya, peristiwa itu akan dikenang seumur hidup dan akan diceritakan kepada anak cucu pada masa akan datang sebagai teladan dan pengajaran bersama.
Sehingga berita ini ditulis, difahamkan harimau tersebut telah lari ke dalam kawasan hutan berdekatan dan pihak berkuasa menasihatkan orang ramai supaya berwaspada jika terserempak dengan kelibat sang belang tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2019
Abdul Fatah menunjukkan kesan luka akibat terjatuh selepas seekor harimau tiba-tiba melompat naik dari tebing jalan raya di Kampung Besul Bukit Besi semalam ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seren hari ini. --fotoBERNAMA
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Hanya ingat mati ketika bahu dijilat harimau
Kira-kira 2 petang semalam, beliau mengajak isterinya serta anak mereka berkunjung ke Kampung Besul selepas berita mengenai kehadiran harimau 'jinak' di kampung tersebut heboh.