Peniaga makanan di Sarawak yang ingin beroperasi sepanjang bulan Ramadan hanya dibenarkan untuk berbuat demikian secara dalam talian melalui e-bazar Ramadan.
Keputusan itu dicapai selepas mengambil kira pandangan, kepentingan dan keselamatan masyarakat di negeri tersebut.
Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) akur dengan pendapat masyarakat dan menetapkan arahan terbaharu yang perlu diikuti.
“Peniaga-peniaga hanya dibenarkan untuk menjual barang makanan secara dalam talian iaitu melalui e-bazar Ramadan.
“Jadi anda hanya boleh berkomunikasi menggunakan platform dalam talian untuk membuat pesanan makanan,” ujarnya menerusi sidang media harian COVID-19 JPBN di Kuching pada Khamis.
Bagaimanapun kesemua operasi ini hanya terhad daripada jam 7 pagi sehingga 7 petang.
BACA: Bazar Ramadan tidak dibenarkan di Sarawak tetapi boleh jual depan rumah...
BACA: PKP: Berniaga makanan sehingga 10 malam hanya rumitkan kawalan - Menteri
Tambahnya peniaga dan orang awam yang ingin mendaftar bagi urusan urus niaga, boleh berbuat demikian menerusi beberapa aplikasi seperti HELPY Services, Grab Food, Food Panda dan aplikasi pembekal lain yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan.
Terdahulu pada Rabu (22/4/2020), JPBN memberi kelonggaran kepada para peniaga makanan untuk melakukan aktiviti jualan secara terhad di kawasan kediaman mereka dari jam 3 petang sehingga 10 malam.
Bagaimanapun, ia hanya terhad kepada makanan yang dibawa pulang (takeaway) dan pelanggan serta peniaga perlu mematuhi garis panduan penjarakan sosial bagi memastikan kebersihan dan keselamatan mereka terjaga.
Selain peniaga bazar, turut dibenarkan menjalankan operasi perkhidmatan bawa pulang adalah sektor perhotelan, restoran dan makanan segera di sekitar Sarawak.
Manakala perkhidmatan trak-trak makanan pula tidak dibenarkan beroperasi sama sekali.
Syafik Shukri Jalil
Thu Apr 23 2020

Peniaga-peniaga hanya dibenarkan untuk menjual barang makanan secara dalam talian iaitu melalui e-Bazar Ramadan. FOTO: Astro AWANI

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Bertahun lama menanti, mesin ATM akhirnya sampai di Gedong
Isu ketiadaan mesin ATM di kawasan itu hangat diperkatakan apabila penduduk terpaksa menempuh perjalanan jauh demi khidmat perbankan ini.

RM18 bilion diperuntuk bagi projek bekalan air seluruh Sarawak
Peruntukkan ini dilaksana di bawah Rancangan Malaysia ke-12 sebagai langkah proaktif Sarawak dalam menyelesaikan masalah bekalan air.

Menawan! Tikar kelasah komuniti Bidayuh terima Anugerah Kraf Cemerlang
Bertemakan Glow Tree of Life, tikar ini dihasilkan oleh Abot Gudang dengan kerjasama komuniti Bidayuh di Serikin, Sarawak.

"Saya cari tin untuk sara hidup, ada yang kasihan, mereka akan bantu..."
Penyakit dihidapi membuatkan Aunty Ngu tidak kuat mencari rezeki sehingga memaksanya untuk bergantung harap dengan ihsan orang ramai.

Sarawak Memilih: Tindakan keluar parti tamparan buat PSB
Tindakan keluar parti 200 ahli PSB Ngemah, Sibu dilihat sebagai tamparan hebat buat PSB meneliti semula kepimpinan di akar umbi.

Menara Panggau Dayak selia adat budaya masyarakat Dayak
Dua menara akan dibina untuk memacu pertumbuhan ekonomi masyarakat Dayak di Sarawak

Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS bakal direalisasikan
Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS dilengkapi pam minyak, tempat pengisian gas hidrogen serta kemudahan mengecas kenderaan hybrid, seiring usaha ke arah teknologi hijau.

COVID-19: Sarawak giat laksana saringan dalam kalangan PATI
Tindakan ini susulan daripada kes positif COVID-19 melibatkan dua warga Indonesia seperti yang dilaporkan oleh JPBN pada Khamis.

JPBN Sarawak dalam usaha tingkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kini dalam usaha meningkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19 dan pasukan pengesanan kontak rapat.

COVID-19: Satu kes import di Sarawak, dua kluster kekal aktif
Satu kes yang dilaporkan pada hari ini dicatatkan di Kota Samarahan. Kes tiba dari Kota Kinabalu, Sabah.