Dengan harga serendah 500 baht atau RM60, sesiapa sahaja boleh memiliki senjata api di pasaran gelap di Selatan Thailand.
Komander Polis Wilayah Narathiwat, Mejar General Phattanawut Angkhanawin yang mendedahkan perkara itu berkata, harga itu adalah bagi sepucuk senjata api buatan sendiri.
Senjata api buatan kilang juga boleh dibeli dengan mudah dengan harga berbeza-beza bergantung kepada jenis senjata dan pengeluar.
Phattanawut berkata, penjenayah akan menggunakan rangkaian mereka bagi membeli senjata api di Thailand.
"Sangat murah, dengan 500 Bath boleh dibeli. Dia boleh bawa masuk sama ada ikut sungai atau ikut pintu sempadan.
"Mereka ada rangkaian sama ada rakan mereka rakyat Thai yang kerja di Malaysia yang turut memudahkan pembelian untuk mereka yang mahukan senjata api," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kebimbangan penduduk Kelantan dengan peningkatan kes tembak melibatkan remaja di negeri itu.
Kes terbaru dilaporkan melibatkan dua remaja yang melepaskan tembakan rambang di sebuah restoran di Bunut Payong di Kota Bharu, Kelantan pada Ogos.
Menurutnya lagi, polis Thailand mempunyai maklumat lengkap mengenai perdagangan senjata api namun ia merupakan maklumat sulit.
Pelbagai taktik digunakan sindiket bagi mendapatkan senjata api termasuk mencurinya daripada pihak berkuasa untuk dijual kepada penjenayah.
Sehubungan itu katanya, pihak berkuasa Malaysia perlu melakukan pemeriksaan rapi di pintu masuk sempadan dan laluan haram.
Dalam pada itu Phattanawut berkata, Thailand juga sudah meningkatkan kawalan di sempadan bagi mengekang kemasukan militan Daish.
Bagaimanapun, belum ada laporan mengenai penglibatan rakyat Thailand dalam militan Daish atau kemasukan anggota militan ke Malaysia melalui negara berkenaan.
Muhafandi Muhamad
Tue Sep 06 2016
Mejar General Phattanawut Angkhanawin yang mendedahkan perkara itu berkata, harga itu adalah bagi sepucuk senjata api buatan sendiri. - Foto Astro AWANI
Penolong pendaftar nikah mengaku tidak bersalah terima suapan RM26,300
Seorang penolong pendaftar nikah mengaku didakwa atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah RM26,300 bagi memproses pendaftaran perkahwinan luar negara di Perlis.
Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut
Mangsa maut ialah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44; serta pelajar kolej Terence Ng Zhi Yang, 21.
Jangkaan pasangan bernikah berkurangan
Dianggarkan lebih 300 pasangan dari Malaysia, khususnya Kelantan melangsungkan pernikahan mereka di selatan Thailand, melalui Islam Narathiwat tahun lepas.
Rompak warga emas: Dua warga Indonesia dipenjara lima tahun, satu sebatan
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Nikah luar negara, Imam mengaku tidak bersalah
Seorang imam masjid, Mohd Isa Abdul Karim, 53 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar, atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah keseluruhan RM26,300.
Mahkamah Narathiwat jamin keputusan prosiding dipercepatkan
Hakim Mahkamah Narathiwat Yuan Khao Kham beri jaminan prosiding enam rakyat Malaysia yang dihadapkan dengan pertuduhan dadah dan imigresen di Thailand akan dijalankan secara pantas.
MARii lantik Aminar Rashid pengerusi baharu lembaga pengarah
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia(MARii) mengumumkan pelantikan Datuk Dr Aminar Rashid sebagai pengerusi ahli lembaga pengarahnya yang baharu.
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 14.3 peratus pada 2024 - Loke
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).
MOT terus bekerjasama dengan SPRM banteras isu integriti
MOT akan terus bekerjasama dengan SPRM bagi membanteras isu integriti melibatkan kenderaan yang tidak mematuhi standard yang diluluskan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
#AWANInews
#AWANInews
Hanya RM60, sesiapa sahaja boleh memiliki senjata api pasaran gelap Thailand
Kes terbaharu dilaporkan melibatkan dua remaja yang melepaskan tembakan rambang di sebuah restoran di Bunut Payong, Kota Bharu pada Ogos.