Sesi pembelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chee Nan, Jerlun, kira-kira 30km dari sini, tetap berjalan seperti biasa walaupun hanya mempunyai seorang murid yang mendaftar di Tahun Satu.
Guru Besarnya Lai Hoi Tien berkata pelajar berkenaan, Lau Chun Yih, 7, ditempatkan dalam kelas Tahun Satu dan sesi pembelajarannya berjalan seperti biasa mengikut silibus yang disediakan.
Beliau berkata sekolah tersebut merupakan sekolah yang kurang muridnya. Pada tahun lepas, hanya dua murid yang mendaftar di sekolah yang terletak di pinggir bandar raya Alor Setar itu.
"Kita ada 13 murid dari Tahun Satu hingga Enam dengan sembilan guru. Pencapaian dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah ini sejak 2013 hingga tahun lepas mencapai 100 peratus kelulusan," katanya ketika ditemui pemberita pada Ahad.
Sementara itu, ibu Lau, Chong Mee Kim, 50, berkata dia memilih sekolah berkenaan kerana tidak mempunyai ramai murid yang membolehkan guru-guru memberi perhatian kepada anak bongsu daripada dua beradik itu.
Suri rumah yang tinggal di Tongkang Yard, Alor Setar berkata ini merupakan kelebihan kepada anaknya di mana guru akan membantunya menguasai mata pelajaran yang sukar untuk difahami.
"Masa daftar baru-baru ini saya sudah tahu hanya anak saya seorang yang masuk Tahun Satu dan saya lihat dia gembira dan teruja apabila memulakan sesi persekolahannya," katanya.
Bernama
Mon Jan 04 2016

Murid tunggal tahun satu, Lau Chun Yih, 7, tetap tekun ketika diajar oleh gurunya, Chu Chai Chop pada hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chee Nan. - Foto Bernama

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.
AWANI Ringkas: Tarikh lihat anak Bulan Ramadan 28 Februari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu, Cuaca Kering diadakan 5 Mac ini
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering yang turut disertai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 5 Mac ini.

Setiausaha Agung OIC komited pertahan perjuangan Palestin, hak minoriti Islam
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha menegaskan komitmen organisasi itu dalam mempertahankan perjuangan rakyat Palestin.

Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan lepasan SPM dilonggar kepada tiga kredit
Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan bagi lepasan SPM dilonggarkan kepada hanya tiga kredit berkuat kuasa Januari lalu hingga Disember 2026.
"Apakah komitmen YB sudah berubah menegakkan negara Islam?" - Saifuddin
"Apakah YB sudah berubah dari segi komitmen untuk melaksanakan hudud dalam negara kita?" soal Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution kepada YB Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan semasa sesi penggulungan.
"Apakah komitmen YB sudah berubah menegakkan negara Islam, sebagai cita-cita perjuangan Pas?" soal Saifuddin.
"Apakah komitmen YB sudah berubah menegakkan negara Islam, sebagai cita-cita perjuangan Pas?" soal Saifuddin.
[TERKINI] Tarikh lihat anak bulan Ramadan 28 Feb
Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi mengisytiharkan hari permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ditetapkan pada 28 Februari atau petang Jumaat depan.

Tercekik gula-gula kenyal: 'Anak saya makin tenat, otak bengkak, saluran darah pecah'
Doktor memberitahu harapan mangsa untuk kembali sedar dan pulih tipis, malah keadaannya kritikal disebabkan otak bengkak serta saluran darah pecah.

Skim Perubatan MADANI: 46 panel pengamal perubatan am langgar LAO ditamatkan perkhidmatan
Sebanyak 46 panel pengawal perubatan am di bawah Skim Perubatan MADANI ditamatkan perkhidmatan selepas dikesan melanggar terma LAO yang melibatkan nilai tuntutan RM2 juta.

Jojo Ghazali hadiahkan jam tangan Rolex buat ibu tercinta
Petarung Muay Thai negara, Johan Ghazali, malam tadi berkongsi momen istimewanya menghadiahkan ibunya jam tangan berjenama Rolex.

Warga emas menggeletar lihat rumah pusaka dua tingkat dijilat api
Tada apa yang mampu dilakukan Che Manis Abas selain daripada beristigfar tatkala melihat rumah pusaka dua tingkat yang didiaminya musnah dalam kebakaran.

Lelaki berdepan detik cemas, rumah dirempuh mesin tuai padi
Seorang lelaki nyaris maut apabila sebuah mesin memproses padi terbabas dan merempuh dinding rumahnya di Kampung Teluk Toi, Jerlun, Kedah.

Keluarga petani, nelayan gunakan wang BPN untuk perbelanjaan perubatan, keperluan
Siti Fatimah yang berkerja sebagai pembantu kedai terputus mata pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu.

Mukhriz sedia ikut jejak Tun Mahathir
Mukhriz berkata beliau terbuka untuk menggalas tugas yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan pusat dan bukan semestinya sebagai perdana menteri.

"Susahlah beraya tanpa air" - Keluhan penduduk
50 buah keluarga dari Jerlun, Kedah terpaksa pasrah apabila sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini terpaksa diraikan tanpa bekalan air.

Tragedi Ramadan: Usahawan wanita maut kemalangan
Tidak sempat mengambil stok barangan niaga, seorang wanita maut apabila kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jerlun.

PRU14: Bergandingan dengan bapa, Mukhriz sifatkan pertandingan lebih meriah
Biarpun sudah dua penggal berada dalam arena politik, Mukhriz menyifatkan 'pertandingan' kali ini luar biasa malah lebih meriah.

'Asal jadi duit, kami akan kerja' - Pesawah
Dengan rekod seramai 54,132 pemilih, kawasan Parlimen ini menjadi tumpuan ramai pihak kerana ekosistem politiknya yang penuh rencam.

Tuah nasib Mukhriz di Jerlun
Barisan Nasional yakin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Jerlum pada PRU14 nanti.

Mukhriz tanding Parlimen dan DUN
Selain Mukhriz, Datuk Amiruddin Hamzah juga akan bertanding kerusi parlimen dan Dun.