Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan hanya seorang sahaja iaitu ketua keluarga dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan dan ubat-ubatan, tegas Menteri Kanan, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Sementara kebenaran untuk membawa ahli keluarga lain pula, kata beliau, bergantung kepada budi bicara pihak polis.
Menurut beliau, dari segi dasar pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, hanya seorang sahaja ahli keluarga dibenarkan keluar dari rumah.
"Mengikut Perintah Kawalan Pergerakan, yang dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan, sama ada barangan makanan, ubat-ubatan, hanya dibenarkan seorang iaitu ketua keluarga.
"Itu garis panduan asas. Namun kalau terpaksa bawa orang, dia kena jelaskan kepada polis. Polis akan guna budi bicara," katanya dalam sidang media, di sini pada Sabtu.
Sekalipun kebenaran keluar rumah diberikan sepanjang tempoh kawalan, namun, individu itu perlu mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan.
"Misalnya berlaku kematian, perlu diterangkan kepada pihak polis. Seboleh-bolehnya kurangkan pergerakan di luar rumah. Hanya keluar apabila perlu, jaga jarak sosial dan cuci tangan," ujar beliau.
Kata Fadillah, langkah berkenaan bagi memastikan keselamatan diri, keluarga dan semua pihak terpelihara dari COVID-19.
Dalam pada itu, keputusan mengenai tempoh operasi premis perniagaan yang menjual barangan penting akan dibuat kerajaan negeri.
"Pukul berapa kedai barangan itu nak buka dan tutup, kita serah kepada kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing," ujarnya lagi.
Mana-mana pihak yang terlibat dalam sektor penting masih dibenarkan untuk keluar dan bekerja, namun mengikut garis panduan KKM serta arahan polis.
Astro Awani
Sat Mar 21 2020
Sementara kebenaran untuk membawa ahli keluarga lain pula bergantung kepada budi bicara pihak polis, kata Fadillah Yusof.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Pengurus syarikat kawalan keselamatan didakwa palsu dokumen tuntutan 'overtime'
Seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas lima pertuduhan mengemukakan butir matan palsu bagi tuntutan jam bekerja.
Mahu penuhi hasrat Allahyarham Tun Daim, isteri tekad teruskan perbicaraan
Tidak ada keperluan bagi Peguam Negara mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyemak semula, memberhentikan atau menarik balik pendakwaan terhadap Allahyarham Tun Daim Zainuddin.
“Dunia semakin teruk” : Presiden Lula rasmi Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Brazil
"Dunia semakin teruk: kita mempunyai bilangan konflik bersenjata tertinggi sejak Perang Dunia II dan jumlah perpindahan paksa terbesar yang pernah direkodkan."
42 isu tadbir urus, tatakelola dikenal pasti dalam NAFAS - Mohamad Sabu
KPKM mengenal pasti 42 isu tadbir urus dan tatakelola dalam NAFAS yang didedahkan melalui Laporan Pengauditan Khas 2018.
Elon Musk ‘dicarut' isteri Presiden Brazil
Janja Lula da Silva cetus kontroversi apabila melemparkan kata-kata kesat terhadap bilionair Elon Musk.
Pekerja dobi didakwa cedera anak tiri dengan dumbel
Seorang pekerja kedai dobi didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap anak tirinya dengan menggunakan dumbel.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan langkah waspada terhadap kadar faedah Fed
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.