Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini dimaklumkan dianggarkan terdapat antara 40 hingga 50 ekor harimau belang di negeri ini berdasarkan inventori yang dijalankan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri Dr Abdul Aziz Bari berkata inventori bagi spesies-spesies tertentu terutamanya mamalia besar yang terancam turut melibatkan gajah dan seladang.
Katanya berdasarkan rekod terkini dalam tinjauan yang dijalankan, jumlah gajah pula antara 100 hingga 130 ekor dan seladang sebanyak 50 hingga 60 ekor.
"Habitat-habitat utama tiga spesies yang terancam ini adalah di Hutan Royal Belum dan Hutan Simpan Temengor, Gerik serta Hutan Simpan Piah, Sungai Siput," katanya ketika menjawab soalan Loh Sze Yee (PH-Jalong) yang ingin tahu bilangan haiwan terpelihara yang masih wujud di Perak, kesan kempen 'Selamatkan Harimau Malaya' dan langkah-langkah diambil kerajaan bagi menjaga kepupusan haiwan liar yang terancam.
Abdul Aziz berkata secara umumnya, bagi mamalia darat besar iaitu spesies yang melebihi 20 kilogram (kg), terdapat 12 spesies mamalia masih ada di Perak iaitu gajah, seladang, tapir, harimau, rusa, beruang, kijang, kambing gurun, harimau kumbang, harimau dahan, babi hutan dan anjing hutan.
Menurut Abdul Aziz, kempen Selamatkan Harimau Malaya yang dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia berjaya membawa kepada tangkapan melibatkan empat warga Thailand pada September dan Oktober lepas.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri Paul Yong Choo Kiong berkata kerja-kerja membaik pulih bagi pengoperasian semula loji insinerator dan pembinaan tapak pelupusan 'bottom ash' sedang dijalankan di Teluk Cempedak, Pulau Pangkor.
Yong berkata kerja-kerja berkenaan dijalankan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi pembuangan sisa pembakaran oleh loji dengan jangka hayat penggunaan selama 10 tahun.
Katanya pembukaan tapak sampah yang baharu memerlukan kos sangat tinggi selain mendatangkan kesan pencemaran alam sekitar yang serius sekiranya tapak pelupusan tidak diselia dan diselenggara dengan kaedah betul.
"Namun, terdapat keperluan untuk membuka tapak pelupusan sisa pepejal yang baharu kerana berkemungkinan besar jumlah sisa pepejal yang dibuang setiap hari ke tapak pelupusan akan semakin bertambah," katanya ketika menjawab soalan Ng Shy Ching (PH-Teja).
Ng ingin tahu senarai tapak pelupusan sisa pepejal di Perak dan tempoh jangka hayat penggunaan, sekiranya terdapat cadangan membuka tapak pelupusan sisa pepejal dan adakah sebarang alternatif yang diguna pakai atau berpotensi untuk digunakan di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 22 2019
![Hanya tinggal 50 harimau belang di Perak Hanya tinggal 50 harimau belang di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71574403431_TBTIGER.jpg)
Kini terdapat antara 40 hingga 50 ekor harimau belang di negeri Perak.
Nissan, Honda batal perjanjian penggabungan jenama
Syarikat automotif terkemuka Jepun, Nissan Motor dan Honda Motor mengumumkan untuk tidak meneruskan perbincangan mengenai penggabungan antara kedua-dua syarikat. Dalam sidang media persidangan yang dianjurkan Nissan Motor di Yokohama pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif Nissan berkata, syarikat berkenaan sebulat suara bersetuju bersama Honda untuk menamatkan potensi penggabungan jenama berkenaan termasuk, rundingan-rundingan yang telah dibincangkan.
Jenayah: Warga emas 86 tahun mengaku salah tembak remaja 16 tahun
Yarl, yang terselamat walaupun ditembak sebanyak dua kali, memaklumkan dia menekan loceng pintu rumah Lester kerana menyangkakan rumah itu adalah rumah pengasuh adiknya.
PM Thailand pengerusikan mesyuarat keselamatan tergempar krisis Myawaddy
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Jumaat mempengerusikan mesyuarat tergempar dengan ketua-ketua agensi keselamatan untuk menilai keadaan di perbandaran Myawaddy, hab utama yang dikenal pasti untuk rangkaian pemerdagangan manusia di Myanmar.
14 Negeri Amerika Syarikat saman Trump dan Elon Musk
Empat belas negeri di Amerika Syarikat telah memfailkan saman persekutuan terhadap Presiden Donald Trump dan Elon Musk, jutawan ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), atas dakwaan memiliki kuasa tanpa had dan tidak terkawal yang melanggar perlembagaan
Hamas umum nama tiga tebusan Israel yang akan dibebas Sabtu
Kumpulan pejuang Palestin, Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu.
Duta Malaysia ke Amerika Syarikat perlu teguh mendepani cabaran
Duta Malaysia yang bakal dilantik ke Amerika Syarikat (AS) perlu memiliki kecekapan dan sentiasa bersedia berdepan sebarang cabaran.
Reformasi industri padi, beras agenda kerajaan tahun ini
Fokus utama kementerian pertanian dan keterjaminan makanan (KPKM) pada tahun ini adalah reformasi industri padi dan beras negara dengan mengutamakan pendekatan yang lebih lestari, berdaya saing dan mesra alam.
KDNK: Peningkatan pelaburan antara faktor penyumbang - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, MITI akan meneruskan usahanya untuk menarik lebih banyak pelaburan, meningkatkan perdagangan, dan membangunkan industri tempatan.
Kabinet berpendapat ada keperluan pinda Akta Pemberi Maklumat
Kabinet berpendapat ada keperluan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi mengatasi beberapa isu percanggahan dengan akta lain selain memperkukuh perlindungan kepada pemberi maklumat.
Dua individu termasuk CEO syarikat ditahan SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua lagi individu disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
![Usaha segera tangani kekurangan bekalan buah kelapa Usaha segera tangani kekurangan bekalan buah kelapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642351694_KelapaMentah.jpg)
Usaha segera tangani kekurangan bekalan buah kelapa
Pahang mengakui berhadapan kekurangan bekalan buah kelapa sejak Ogos lepas dan usaha menyelesaikan masalah itu sedang ditangani segera oleh kerajaan negeri.
![PKR Sabah pertahan DUN Inanam dan Api-Api pada PRN17 - Mustapha PKR Sabah pertahan DUN Inanam dan Api-Api pada PRN17 - Mustapha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691383282_MustaphaSakmud.jpg)
PKR Sabah pertahan DUN Inanam dan Api-Api pada PRN17 - Mustapha
Mustapha berkata walaupun menyedari banyak parti turut mengintai dua DUN berkenaan, namun PKR tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan kerusi itu.
![Amizar angkat sumpah sebagai ADUN Pelangai Amizar angkat sumpah sebagai ADUN Pelangai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701657515_TBAmizarjpg.jpg)
Amizar angkat sumpah sebagai ADUN Pelangai
Amizar mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin di Wisma Sri Pahang.
![[TIDAK RASMI] PN sapu bersih di Terengganu, dua bekas Menteri Besar kecundang [TIDAK RASMI] PN sapu bersih di Terengganu, dua bekas Menteri Besar kecundang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691850391_TBDRAWBRIDGEGELAP.jpg)
[TIDAK RASMI] PN sapu bersih di Terengganu, dua bekas Menteri Besar kecundang
Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi DUN Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal.
![Jualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos - Fuziah Jualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos - Fuziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690457128_FuziahSalleh.jpg)
Jualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos - Fuziah
KPDN menerima peruntukan tambahan RM50 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 30 Julai lepas.
![PSB kerjasama dengan PDP, ikrar sokongan kepada Abang Jo PSB kerjasama dengan PDP, ikrar sokongan kepada Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689254085_TBPDP.jpg)
PSB kerjasama dengan PDP, ikrar sokongan kepada Abang Jo
PSB menyatakan sokongan penuh kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Beri peluang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sg. Kandis - Pemuda UMNO Kota Raja Beri peluang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sg. Kandis - Pemuda UMNO Kota Raja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687599130_MohdZaffarollahMoh.jpg)
Beri peluang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sg. Kandis - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah juga menegaskan bahawa Pemuda UMNO mahu Tengku Zafrul menolak pelawaan pencalonan di kawasan lain.
![MUDA perkenal empat calon DUN dalam PRN Selangor MUDA perkenal empat calon DUN dalam PRN Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61680166473_syedsaddiq.jpg)
MUDA perkenal empat calon DUN dalam PRN Selangor
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini mengumumkan empat calon Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos depan.
![PRN: Polis Kelantan kenal pasti 16 kawasan 'panas' PRN: Polis Kelantan kenal pasti 16 kawasan 'panas'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685183899_TBZAKIHARUN.jpg)
PRN: Polis Kelantan kenal pasti 16 kawasan 'panas'
Polis telah mengenal pasti 16 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggap 'panas' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
![PRN: Kempen secara sihat, fakta benar, elak adu domba - Sanusi PRN: Kempen secara sihat, fakta benar, elak adu domba - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687939964_TBSanusiMdNor.jpg)
PRN: Kempen secara sihat, fakta benar, elak adu domba - Sanusi
Muhammad Sanusi mengharapkan pelaksanaan kempen parti pada PRN bagi enam negeri termasuk di Kedah dilakukan secara sihat berasaskan fakta benar.