Lebih 17 ribu aktiviti berlangsung sepanjang hari ini menerusi kepelbagaian aktiviti ikonik dan bukan ikonik yang dianjurkan sehingga ke peringkat daerah dan kampung.
Hasil ilham Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Hari Sukan Negara adalah langkah pertama menjadikan Malaysia, sebuah negara bersukan.
Antara aktiviti menarik yang dianjurkan sejak awal pagi tadi termasuklah pertandingan bola keranjang, wall climbing , bag jump, futsal, bola sepak jalanan, memanah, sepak raga dan banyak lagi.
Upacara perasmian berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Khairy Jamaluddin yang disaksikan ribuan peserta dan pelajar.
FOTO: Kemeriahan Hari Sukan Negara 2015
SEMENTARA ITU, kemeriahan Hari Sukan Negara turut dirasai di seluruh negara.
Di Perak, tujuh ribu anak muda bersama barisan kepimpinan negeri menyertai pelbagai acara di Kompleks Belia dan Sukan di Ipoh.
Di Pahang, Padang MPK Satu menjadi tumpuan lima ribu warga Kuantan.
Pelbagai aktiviti disediakan, dari kayuhan basikal sampailah pertandingan Mr Gym 1Malaysia.
Sementara di Kelantan, Sambutan luar jangka warga Cik Siti Wan Kembang terhadap Hari Sukan Negara yang berlangsung serentak di setiap pelusuk daerah.
Merentasi Laut China Selatan, luar biasa kemeriahan Hari Sukan Negara di Bumi Kenyalang.
20 ribu penduduk Sarawak memenuhi setiap acara yang dianjurkan di bandar-bandar utama.
Penang bridge challenge, crossfit challenge, strongman challenge, zumba dan juga kayak marathon antara pengisian Hari Sukan Negara buat warga Pulau Pinang. Aktiviti tertumpu di Stadium Negeri Batu Kawan.