Harta dan kekayaan di Sabah perlu dikongsikan kepada semua rakyat sehingga ke akar umbi, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Sehubungan itu, beliau berkata pembaharuan terhadap sistem pentadbiran di Sabah perlu dilakukan agar semua rakyat mendapat manfaat daripada kekayaan itu.
"Kita perlu pembaharuan dalam pentadbiran...ini la masanya dan saya yakin perkara itu dapat dilakukan kalau kita mempunyai pendekatan untuk memboleh kekayaan ini dimanfaatkan semua rakyat.
"Saya sedar bahawa sebagai pemimpin bukan mudah untuk merealisasi perkara ini, namun apa yang perlu kita lakukan adalah kerjasama dan usaha kolektif daripada semua pihak dan bukan hanya daripada pihak kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Konvokesyen Universiti Kolej Yayasan Sabah (UCSF), di sini hari ini.
Mohd Shafie berkata Sabah perlu melahirkan ramai anak-anak yang berilmu dan boleh berjasa dan menjadi aset negeri di masa akan datang.
"Kita sedar ramai anak-anak yang mempunyai keinginan dan komitmen tinggi untuk belajar namun tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana ibu bapa tidak mampu. Oleh itu kerajaan akan berusaha membantu agar anak-anak itu mendapat pendidikan sehingga ke universiti.
"Sebagai kerajaan kita bukan sahaja mahu bangunkan negeri...tetapi kita juga mahu anak-anak kita berilmu dan mejadi modal insan kepada negeri ini," katanya.
Mengulas mengenai majlis itu, Mohd Shafie mengucapkan tahniah kepada 274 graduan pertama yang dikeluarkan oleh UCSF sejak ditubuhkan empat tahun lepas.
"Saya juga difahamkan kebanyakan graduan ini telah bekerja dan ada yang menjalankan perniagaan sendiri...ini adalah berita gembira kerana kita sering mendengar masalah graduan menganggur terutamanya dikalangan bumiputera.
"Sebagai pemimpin kerajaan saya mahu garduan turut serta dan memberi sumbangan kepada pembangunan negeri...Oleh itu saya mahu UCSF terus menghasilkan graduan yang boleh menjadi tenaga kerja atau mempunyai keyakinan dan kemahiran yang diperlukan untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2019

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kanan) menyampaikan Anugerah Tun Mustapah kepada pelajar cemerlang University College Sabah Foundation (UCSF) Iva Paul sempena majlis konvokesyen UCSF hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Harta, kekayaan Sabah perlu dikongsikan kepada semua rakyat - Shafie Apdal
Harta dan kekayaan di Sabah perlu dikongsikan kepada semua rakyat sehingga ke akar umbi, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.