Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan penjualan produk-produk yang menggunakan ayat Quran kerana ada pihak yang memperalatkannya untuk melariskan perniagaan.
Nasihat itu diberikan kerana bimbang kesihatan akan terjejas jika menggunakan produk-produk yang memperalatkan ayat Quran yang dikeluarkan semata-mata bertujuan menambah keuntungan semata-mata.
Bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hassan Mahmud mengakui ada pihak yang memperalatkan Al-Quran dengan niat untuk melariskan produk yang mereka hasilkan.
Katanya apa yang dilakukan oleh peniaga-peniaga tersebut jelas satu penipuan dan menganiaya pengguna yang membeli produk mereka.
"Kalau betul nak bantu orang Islam jangan palsukan dengan mengatakan bahawa ini datangnya dari ayat Quran yang ini atau ini berkhasiat kerana ayat Quran ini.
"Ada orang yang nak untung cepat jadi dia peralatkan Quran kerana dia tahu orang kita ni mudah percaya bila sebut bab Islam.
"Ini berlaku kerana zaman sekarang minat orang terhadap agama Islam makin tinggi jadi apa saja kalau disebut ada khasiat kerana ada dalam Quran maka ramai yang percaya tanpa siasat terlebih dahulu," kata mudir program Imam Muda itu.
Hassan juga berkata jika umat Islam terpengaruh dengan penipuan yang dilakukan dan membeli barangan yang dijual maka ianya satu pembaziran.
Jelas beliau banyak produk-produk yang kononnya berkhasiat dan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit ini tidak berkesan.
"Kalau kita lihat produk-produk ini kebanyakkannya tak mempunyai bahan yang dikatakan berkhasiat itu, kalau nak ada pun sikit sangat tak berkesan seperti yang mereka iklankan.
"Kalau kita ni percaya dan beli jadi ini satu pembaziran kerana kita beli produk yang tak membantu mengurangkan sakit sedangkan kita nak berubat.
"Lagi satu kita ni sudah membantu golongan yang tidak sepatutnya kita bantu, bantu puak-puak yang tak betul, yang menipu," katanya lagi.
Beliau menasihatkan umat Islam di negara ini mempelajari ilmu-ilmu tentang rawatan Islam supaya tidak mudah tertipu dengan produk-produk yang dihasilkan oleh mereka yang memperalatkan Quran.
"Belajar atau tambah ilmu tentang rawatan Islam ini bukan sebab kita nak jadi pengamal perubatan tetapi untuk kita ada maklumat supaya tak mudah tertipu dengan produk-produk yang peralatkan Quran," katanya.
Hassan juga menasihatkan umat Islam di negara ini supaya mendapatkan juga nasihat doktor sebelum mendapatkan produk-produk yang dihasilkan mereka yang tidak diketahui kelulusannya.
"Hati-hati, jangan mudah terima dan percaya apa saja yang kononnya ada khasiat Quran kerana ia tak semestinya asli," tambah beliau.
Hassan mengulas kewujudan produk minuman yang dijual di pasaran dengan strategi pemasaran mengaitkan produk berkenaan dengan Al-Quran termasuk minuman karbonat berperisa yang didakwa tekah dibaca dengan 30 juzuk Al-Quran.
Selain itu ada juga iklan yang tersebar mengenai sejenis air mineral yang didakwa mengandungi antaranya air zam-zam, air sarang anai-anai yang dikatakan telah makan 22 juzuk ayat Al-Quran, air kulat susu harimau dan air hujan malam Jumaat 10 Muharram.
Sementara itu pendakwah bebas, Ustaz Dr Ahmad Termizi Abdul Razak juga sependapat dengan Hassan dan berpendapat ada peniaga yang mengambil kesempatan dari sikap umat Islam yang berminat dengan agama dewasa ini.
Penjualan air yang mendakwa mempunyai khasiat tersendiri ini juga turut mendapat perhatian di laman sosial twitter.
Katanya, mereka yang berminat dengan agama ini selalunya mudah diperdaya dengan produk-produk yang dikatakan ada khasiat dari Quran dan dijual oleh mereka yang mempunyai imej-imej baik.
Ahmad Termizi menasihatkan golongan peniaga sebegini supaya tidak memperalatkan Quran dan berniaga dengan betul yang boleh memberi kebaikan kepada pengguna.
"Dalam Quran sudah dinyatakan bahawa kalau kita mahu berniaga, apa yang kita jual aatau perniagaan kita itu mestilah mempunyai kebaikan kepada pengguna.
"Kalau kita kata produk kita ada khasiat tertentu dan diambil dari suarh-surah tertentu sedankan ia tidak maka ia satu penipuan dan tentunya tidak mendatangkan kebaikan kepada pengguna," katanya.
Beliau juga menjelaskan ada peniaga yang mencetak ayat Quran dikotak-kotak produk yang mereka hasilkan tanpa mengambil kira kesan yang berlaku kemudiannya.
"Guna Quran untuk perniagaan, cetak dikotak, tak fikir kesannya, tak fikir kotak itu akan dibuang merata-rata dan ayat Quran akan dpijak," tambah beliau.
Justeru beliau menasihatkan peniaga supaya tidak memperalatkan Quran semata-mata kerana mahu mendapatkan keuntungan dan berniaga dengan cara yang betul.
Kepada pengguna pula beliau menasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan produk-produk yang kononnya mempunyai khasiat dari Quran.
Beliau menasihatkan pengguna supaya merujuk kepada mereka yang pakar sebelum membeli produk-produk yang dijual.
Irwan Muhammad Zain
Tue Jul 16 2013
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Tiga tuntutan perhimpunan rakyat benci rasuah termasuk menghentikan gejala rasuah
Menerusi sebuah kenyataan media oleh SRBR pada Khamis, antaranya termasuk tindakan pantas dan tegas terhadap semua kes rasuah melibatkan ahli politik tanpa sebarang pilih kasih.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib juga tidak pernah mengesahkan dakwaan pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni oleh Jhoe Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
KDN pertimbang kuota tambahan untuk pekerja asing sektor kepala sawit
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mempertimbangkan kelulusan kuota khas pekerja asing khususnya bagi sektor perladangan Kelapa Sawit.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Hati-hati dengan produk guna ayat Al-Quran
Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan penjualan produk-produk yang menggunakan ayat Quran.