Kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter telah ditemui namun identiti mereka belum dapat dipastikan.
Pengarah Bomba Selangor berkata bahawa proses mengeluarkan mayat mungkin selesai 9.30 malam ini, lapor Bernama.
Pada kejadian petang tadi, sebuah helikopter awam dilaporkan terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih.
Pasukan bomba Kajang dihantar ke lokasi sejurus kemudian untuk usaha menyelamat.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam Twitternya kemudian menyebut bahawa helikopter itu membawa enam penumpang.
Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.
"Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu," katanya kepada Bernama.
Dilaporkan juga kejadian ini melibatkan orang kenamaan.
Dalam pada itu, seorang saksi mendakwa melihat helikopter malang itu meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi.
Roslan Harun, 54, seorang pengawal keselamatan yang bertugas menjaga stor berhampiran tempat kejadian, berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat.
"Meletup terus, berkecai di udara, tak jauh dari tanah, kipas dan ekor helikopter terpelanting ke merata tempat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.
Roslan yang ketika itu berehat di rumahnya kira-kira satu kilometer (km) dari tempat nahas helikopter itu, berkata beliau cuba memasuki kawasan berkenaan tetapi membatalkan niatnya dan terus menghubungi Jabatan Bomba
dan Penyelamat (JBPM).
Menurutnya kawasan nahas itu terletak kira-kira 5 km di dalam kawasan Kampung Sungai Pening, kira-kira 13 km dari pekan ini.
"Nak masuk ke tempat helikopter betul-betul terhempas, kita kena masuk 2km ke dalam kawasan kebun getah," katanya.
Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang tadi.
Astro Awani
Sat Apr 04 2015
Sebuah helikopter awam dilaporkan terhempas di Kampong Pasir di Semenyih pada Sabtu.
Trump ancam kenakan tarif 100 peratus terhadap negara BRICS jika dolar digantikan
Trump mengeluarkan amaran yang beliau akan mengenakan tarif 100 peratus terhadap mana-mana negara BRICS yang cuba menggantikan penggunaan dolar AS.
AWANI Borneo [1/12/2024] – Tragedi majlis hari jadi | Atas masalah elektrk & air | Perkukuh peranan semak dan imbang
AWANI Borneo Ahad, 1 Disember 2024 bersama Assim Hassan
Polis buru lelaki, bunuh, cederakan rakan sekerja di Kinabatangan.
Shafie berhasrat bina empangan atasi isu air dan elektrik Sabah.
DAP Sarawak sasar menang lebih banyak kerusi dalam PRN.
Polis buru lelaki, bunuh, cederakan rakan sekerja di Kinabatangan.
Shafie berhasrat bina empangan atasi isu air dan elektrik Sabah.
DAP Sarawak sasar menang lebih banyak kerusi dalam PRN.
Fokus Minggu Depan: Meramal banjir Pantai Timur 72 jam mendatang
Ikuti ulasan Pengarah Pejabat Pelestarian Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Ir Dr Fadhil Mohd Din mengenai ramalan banjir Pantai Timur dalam tempoh 72 jam mendatang.
Prof Ir Dr Fadhil Mohd Din, Pengarah Pejabat Pelestarian Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Prof Ir Dr Fadhil Mohd Din, Pengarah Pejabat Pelestarian Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Perhilitan Kedah siap siaga tangani konflik hidupan liar semasa banjir
Perhilitan sedia memastikan konflik antara hidupan liar dan manusia dapat dikurangkan serta diatasi dengan sebaik mungkin.
Curi mesin ATM emas, tiga lelaki tempatan ditahan
Polis berkata suspek dipercayai mengupah pemandu lori untuk membawa keluar mesin itu dengan menggunakan kenderaan tersebut.
Khazanah Kasihnya Warisan Raja Sungai Batang Lupar
Khazanah Kasihnya Warisan dinobat Raja Sungai Batang Lupar apabila muncul pemenang kategori utama Perahu Bidar 30 Pengayuh Lelaki dan membawa pulang hadiah bernilai RM25,000
Festival Kebudayaan Korea rapatkan hubungan dengan Sabah
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew berkata, acara itu batu loncatan untuk inisiatif masa depan yang pasti akan merapatkan lagi hubungan dua pihak.
GRS wadah terbaik, tawar platform stabil dan mantap
Parti tempatan yang bergerak sendirian tidak mampu memberikan impak besar kerana Sabah memerlukan kerjasama erat untuk menangani cabaran politik serta ekonomi.
DAP Sarawak mahu menang lebih banyak kerusi dalam PRN
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata kemenangan di banyak kerusi akan membolehkan 'semak dan imbang' yang kukuh di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Warisan tapis mendalam senarai calon PRN17
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memaklumkan Warisan dalam proses menapis calon untuk diketengahkan dalam PRN17 bagi memastikan parti itu meletakkan calon terbaik yang dapat memenangi hati rakyat.