Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad selamat dikebumikan di Kuala Kangsar pagi ini selepas jenazah Allahyarham diterbangkan dari Kuching, Sarawak awal pagi tadi.
Jenazah tiba sekitar jam 6.50 pagi tadi dengan diiringi isteri Allahyarham, Datin Mastura Yazid, empat anak serta ahli keluarga lain.
Sebelum itu, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim mengetuai lebih 200 orang menyambut ketibaan jenazah Allahyarham di lapangan terbang Sultan Azlan Shah Ipoh pagi ini.
Turut serta, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin; barisan exco negeri dan pegawai kerajaan.
Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar untuk disembahyang dan dikebumikan di Makam Diraja Kuala Kangsar, Bukit Chandan.
Semalam, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan mayat kelima mangsa nahas helikopter yang dijumpai petang semalam ialah Allahyarham Wan Mohammad.
Sehingga kini, lima mayat tragedi helikopter itu sudah dijumpai sementara pencarian seorang lagi mangsa iaitu juruterbang Rudolf Rex Ragas akan diteruskan pagi ini.
Helikopter itu berlepas dari Betong menghala ke Kuching pada 4.12 petang Khamis sebelum terputus hubungan dan hilang tidak lama kemudian.
Usaha mencari satu lagi mangsa diteruskan pagi ini.
Astro Awani
Sun May 08 2016
Jenazah tiba sekitar jam 6.50 pagi tadi dengan diiringi isteri Allahyarham dan anggota keluarga. - Foto Astro AWANI
Bursa Malaysia ditutup tinggi menjelang keputusan menyuarat MPC
Bursa Malaysia mengakhiri penyusutan awal dengan ditutup tinggi hari ini.
Tiada harapan besar untuk presiden baharu - Penduduk Gaza
Bagaimanapun, Nadia berharap usaha dapat digerakkan AS untuk sekurang-kurangnya mencapai gencatan senjata.
Pengundi Islam mahu Asia Barat jadi prioriti presiden baharu
Tumpuan dunia termasuk di Malaysia, kini terarah kepada perebutan jawatan presiden antara Naib Presiden Kamala Harris dan bekas presiden Donald Trump.
Op Noda: Dua pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 48 individu ditahan
Polis menyerbu dua pusat hiburan beroperasi tanpa lesen di Kepong dan Puchong serta menahan 48 individu termasuk warga asing dalam Op Noda baru-baru ini.
Kumpul data sensitif pengguna, Meta disaman AS$15 juta
Korea Selatan pada Selasa mengambil keputusan untuk menyaman Meta Platforms sebanyak 15.67 juta dolar (RM68.26 juta) selepas didapati mengumpul data sensitif pengguna dan menyalurkannya kepada pengiklan tanpa persetujuan pengguna. Meta diarah untuk membayar saman berkenaan selepas syarikat pengendali media sosial Facebook dan Instagram itu melakukan tindakan itu tanpa asas undang-undang.
Agenda AWANI: WUF 12: Segalanya bermula di rumah
Perkongsian mengenai praktis terbaik negara, bertukar fikiran serta mencari solusi kepada cabaran persekitaran bandar yang lestari, berdaya huni serta selamat menjadi misi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di World Urban Forum #WUF12 yang berlangsung di Kaherah, Mesir. Diskusi AgendaAWANI jam 830 mlm ini.
WUF12: Mencari penyelesaian terbaik isu perumahan
Bagaimana kerajaan mampu mencari penyelesaian terbaik dalam isu perumahan melalui penyertaan di World Urban Forum? Dzulfitri Yusof ada perinciannya.
Rangkuman hari kedua lawatan kerja PM ke China
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Li Qiang sempena lawatan kerja ke China.
Dasar peralihan tenaga buka peluang pemain OGSE kembang, teroka pasaran baharu
Sektor OGSE perlu melihat dasar peralihan tenaga kerajaan yang kukuh sebagai peluang untuk berkembang dan meneroka pasaran baharu serta kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
Helikopter hilang: Jenazah Ahli Parlimen Kuala Kangsar dikebumikan pagi ini
Jenazah tiba sekitar jam 6.50 pagi tadi dengan diiringi isteri Allahyarham, Datin Mastura Yazid, empat anak serta ahli keluarga.