1Malaysia Development Berhad (1MDB) menggesa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, untuk berhenti dari membuat tuduhan liar dan sebarang dakwaan tanpa bukti terhadap syarikat itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, 1MDB berkata Tony harus ‘bercakap serupa bikin’ dan memberikan bukti yang sahih kepada kepada pihak berkuasa untuk membolehkan sebarang siasatan lanjut.
“Tony mendakwa akan ‘mendedahkan’ dan akan ‘memberi bukti’ pecah amanah, bersubahat dalam penipuan dan penyelewengan kepada pihak penyiasat.
“Ini adalah tuduhan jenayah yang serius, jadi kami menggesa Tony untuk ‘bercakap serupa bikin’ dan memberikan 'bukti yang jelas' kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
“1MDB telah secara konsisten menegaskan bahawa jika ada apa-apa bukti tentang salah laku, maka tindakan perlu diambil di bawah undang-undang,” katanya.
Ia merujuk kepada kenyataan Tony yang dilaporkan berkata Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy perlu membuat keputusan sama ada mendedahkan satu penyelewengan berbilion ringgit dalam syarikat itu adalah lebih penting daripada mencari mereka yang bertanggungjawab membocorkan maklumat mengenai dakwaan salah laku tersebut.
1MDB juga berkata fakta-fakta berkaitan telah dibentangkan oleh Jabatan Peguam Negara (JPN ), menerusi satu kenyataan semalam.
“Secara rumusan, selepas mengkaji semula semua dokumen berkaitan kertas siasatan Bank Negara Malaysia (BNM), termasuk termasuk borang permohonan yang dikemukakan oleh 1MDB dan surat BNM yang berkaitan, dengan menggunakan undang-undang yang mengawal perkara berkenaan, telah mengesahkan bahawa "tiada kesalahan telah dilakukan" oleh 1MDB.
“Pengesahan ini mengukuhkan kenyataan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 22 September 2015 yang 1MDB tidak disiasat.
“1MDB terus bekerja rapat dengan Jabatan Audit Negara untuk memberikan maklumat yang diperlukan untuk laporan akhir, yang akan dibentangkan pada akhir tahun kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai Tony.”
T K Letchumy Tamboo
Wed Oct 14 2015
1MDB menggesa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, untuk berhenti membuat tuduhan liar dan dakwaan yang tanpa bukti terhadapnya. - Gambar Fail
Pasaran getah KL ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap kekurangan bekalan getah asli ketika musim sejuk semakin menghampiri.
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara
"Jika China boleh melakukannya, kita juga seharusnya mampu kerana ia adalah sumber terbuka."
Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.
#AWANIRingkas 12 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Februari 2025
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.
1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.
Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.
Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Najib mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya meninjau projek berpotensi menjana kekayaan.