Masyarakat khususnya pengguna laman sosial diminta menghentikan perbuatan menyalahkan ibu bapa remaja yang terlibat dalam kemalangan basikal di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, dua hari lepas.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Asiah Md Ariff berkata masyarakat seharusnya memberi nasihat kepada ibu bapa mangsa terlibat, bukannya menambah tekanan kepada mereka menerusi komen yang tidak sopan di laman sosial.
"Apabila baca di laman Facebook, saya dapati banyak komen yang menyalahkan ibu bapa. Mereka di luar sana (masyarakat) sepatutnya beri nasihat yang terbaik, jangan keluarkan perkataan yang kita sendiri tidak sedap untuk dengar," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga remaja yang maut dalam kemalangan terbabit dan melawat mangsa yang cedera di Wad Barat 2, Hospital Sultanah Aminah, di sini hari ini.
Asiah berkata berdasarkan pertemuannya dengan ibu bapa mangsa yang cedera di wad tersebut, kesemua mereka meluahkan rasa kecewa apabila dihujani perkataan tidak sopan di laman sosial.
Beliau turut menasihatkan semua ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak bagi mengelakkan insiden sama daripada berulang.
"Dalam kemalangan ini, ada ibu bapa mangsa yang tegas dengan anak-anak dan bukannya tidak mengambil berat terhadap mereka.
"Majoriti mangsa yang terlibat juga bersekolah dengan baik dan aktif dalam kokurikulum sekolah. Jadi, berilah ibu bapa mangsa ini peluang dan siasatan kemalangan itu, kita serahkan kepada polis," katanya.
Mengulas cadangan Kementerian Dalam Negeri supaya kerajaan negeri mengeluarkan larangan remaja bawah umur berada di kawasan bandar raya, jalan raya dan lokasi tertentu pada lewat malam, Asiah berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat kerajaan negeri, minggu depan.
"Saya tidak dapat ulas lanjut buat masa ini, namun saya terima cadangan itu. Kita kena bincang dahulu dan tunggu keputusan majlis mesyuarat kerajaan negeri," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2017

Pengajaran perlu dihadam bersama dan bukannya terus menyalahkan pihak-pihak tertentu. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Henti salahkan ibu bapa remaja terlibat kemalangan basikal - Exco
Masyarakat khususnya pengguna laman sosial diminta menghentikan perbuatan menyalahkan ibu bapa remaja yang terlibat dalam kemalangan basikal di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, dua hari lepas.
![[INFOGRAFIK] Insiden kumpulan remaja berbasikal maut dirempuh [INFOGRAFIK] Insiden kumpulan remaja berbasikal maut dirempuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/61487426999_MautBasikal.jpg)
[INFOGRAFIK] Insiden kumpulan remaja berbasikal maut dirempuh
Infografik menunjukkan imbasan fakta kejadian remaja berbasikal maut dirempuh kenderaan di Johor Bahru.