Pengguna shisha dan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape, dinasihatkan berhenti menggunakannya buat sementara waktu sehingga keputusan mengenai risikonya diumumkan dalam tempoh dua bulan lagi.
Menasihatkan demikian, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kementerian sedang berbincang dengan pelbagai agensi dan pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai kesan penggunaan vape dan shisha kepada kesihatan.
"Pada pandangan kementerian, kami menganggap ia sebagai satu lagi bentuk rokok tetapi caranya berbeza. Pengguna akan mendapat semua kesan seperti menghisap rokok cuma mungkin kandungan tar lebih rendah tetapi kesan nikotin adalah sama.
"Jangan jadikan ia sebagai kebiasaan dan jangan jadikan ia sebagai fesyen baharu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Rokok elektronik adalah satu alat yang mensimulasi atau menyerupai cara merokok dan setiap kali disedut, cip komputer elektronik yang dikuasakan oleh bateri akan mengidupkan atomizer yang kemudian akan memanaskan cecair bagi menghasilkan wap.
Baru-baru ini, laporan media mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengadun sendiri perisa ganja dan ketum bagi memenuhi permintaan segelintir penghisap rokok elektronik.
Sementara itu, Dr Subramaniam berkata kementerian juga tidak menggalakkan mana-mana pihak untuk menanam ketum sebagai sumber ekonomi kerana ia membawa kepada masalah sosial yang besar dalam kalangan generasi muda.
"Contohnya murid sekolah campur air ketum dengan Coca Cola sebelum pergi ke sekolah. Di sekolah mereka tidak berada dalam keadaan yang sesuai untuk mendapat pendidikan," katanya.
Cadangan pindaan Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi memasukkan takrifan baharu bagi daun ketum dan menyenaraikannya sebagai dadah berbahaya telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada sesi parlimen lepas.
Bagaimanapun, menurut Dr Subramaniam ia ditangguhkan sementara bagi membolehkan kementeriannya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengambil kira pandangan para anggota Parlimen.
Bernama
Wed Aug 12 2015
Dengan vape, pengguna mendapat semua kesan seperti menghisap rokok cuma mungkin kandungan tar lebih rendah tetapi kesan nikotin adalah sama. - Gambar hiasan
121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.
Gencatan senjata beri harapan kepada Gaza di tengah-tengah krisis kemanusiaan
Namun, terdapat juga pihak yang masih ragu-ragu dengan gencatan senjata yang bakal berkuat kuasa pada Ahad.
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Sentimen perniagaan syarikat Jepun di Malaysia meningkat - Jetro
Jetro berkata kadar keuntungan Malaysia melangkaui purata ASEAN dengan jangkaan margin keuntungan operasi bagi 2024 berada pada 70.8 peratus.
Ahli akademik, Majlis Belia Labuan harap kelewatan operasi feri diselesai dengan baik
Pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres itu memberikan kelebihan ekonomi dan pelancongan.
Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.
Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy
Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluas dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kanak-kanak 2 tahun dipercayai keracunan nikotin akut selepas tertelan cecair vape
Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak.
MCTC kesal KKM keluarkan nikotin daripada senarai racun
MCTC terkilan akan keputusan itu sungguhpun sudah banyak desakan dan rayuan dibuat pakar kesihatan.
Vape tidak perlu diharamkan, pastikan pengeluaran ikut piawai - NCSM
Kita harus sedar sebahagian rakyat Malaysia bergantung kepada industri vape untuk mencari rezeki.
Ketagihan nikotin dalam vape, rokok konvensional sama mudarat - NARCC
Lebih membimbangkan apabila remaja anggap ketagihan mereka kerana perisa dan bau vape, sedangkan produk tersebut merosakkan kesihatan.
Ahli farmasi bantah cadangan pengecualian cecair, gel nikotin dalam Akta Racun 1952
Amrahi berkata cadangan sedemikian akan memudaratkan kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia dan bukan untuk kepentingan negara.
Duti eksais rokok elektronik, cecair vape mulai 1 Januari 2021
Pengilang tempatan juga perlu dilesenkan di bawah Seksyen 20 Akta Eksais 1976 dengan bayaran lesen sebanyak RM4,800 setahun.
Peraturan kawal selia vape ambil kira kandungan cecair, penjualan di pasaran - Dr Lee
Ia bagi memastikan kandungan cecair vape tidak dicampurkan dengan bahan kimia lain dan penjualannya hanya terhad kepada golongan dewasa sahaja.
Belum ada permohonan jadikan vape cara rawatan berhenti rokok
Setakat ini, Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan hanya meluluskan dua cara sahaja untuk berhenti merokok iaitu menggunakan gula-gula getah atau chewing gum dan patch.
Vape, rokok elektronik mungkin diharamkan - Timbalan Menteri Kesihatan
Kementerian Kesihatan sedang meneliti beberapa pilihan bagi membendung penggunaan rokok elektronik dan vape termasuk peraturan jualan yang ketat atau pengharaman sepenuhnya.
Tidak ada bukti vape selamat untuk rawat ketagihan merokok - KKM
Kementerian juga tidak menerima sebarang maklumat bahawa cecair rokok elektronik itu selamat dan tidak memberi kesan jangka masa panjang kepada paru-paru.