Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap isu berhala berkalung bunga yang diletak di Surau Taman Pendamar Indah, Klang.
Dalam satu kenyataan, jabatan itu melalui Rukun Tetangga akan memberikan kerjasama kepada pihak polis dan Jawatan Kuasa Surau dalam memastikan keselamatan kawasan kediaman terjamin.
“Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bersama Jawatankuasa Surau dan Pengerusi kawasan Rukun Tetangga akan mengadakan perbincangan bagi memastikan isu itu ditangani dengan aman.
BACA: 'Mujur surau berkunci, kalau tak, mungkin patung diletak dalam surau'
Jabatan Perpaduan Negara juga mengesahkan laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.
Justeru, ia memohon orang ramai untuk menunggu siasatan penuh pihak berkuasa dan tidak membuat spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.
Pada Rabu, penduduk Taman Pendamar Indah gempar apabila menjumpai satu patung berhala diletakkan di pintu utama di Surau Sabilul Huda.
Difahamkan, patung yang turut dikalungi bunga itu diletakkan individu tidak bertanggungjawab di antara jam 2.30 dan 4 petang sebelum disedari siak surau yang bertugas untuk membuat persiapan solat Asar.
Najib Aroff
Fri Feb 22 2019

Pada Rabu, penduduk Taman Pendamar Indah, gempar apabila menemui sebuah patung berhala diletakkan di pintu utama di Surau Sabilul Huda. - Foto Sinar Harian

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.

Tangkap segera pelaku letakkan berhala di surau - Mujahid
Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menggesa pihak polis mengambil tindakan dalam kadar segera berhubung penemuan dua tokong berhala dalam masa empat hari di Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah, Klang.

'Mujur surau berkunci, kalau tak, mungkin patung diletak dalam surau'
Difahamkan, patung yang turut dikalungi bunga itu diletakkan antara jam 2.30 dan 4 petang sebelum disedari siak yang datang ke surau itu untuk membuat persiapan solat Asar.