SEORANG pelajar, Abu Ammar Mustaqim Abu Bakar, kini terlantar di rumah selepas diserang sejenis penyakit misteri.

Penderitaan Ammar itu mendapat perhatian rakan-rakannya yang melancarkan kempen di media sosial untuk membantu membiayai kos perubatan Ammar.

Menurut rakan Ammar, Nur Lailatul Husna, penyakit Ammar, 22, setakat ini belum dapat dipastikan doktor dan diklasifikasikan sebagai unknown (tidak diketahui).


Nama: Abu Ammar Mustaqim Bin Abu Bakar Umur : 22tahunStatus : graduate politeknik ungku omarAlamat : No 19 hala tasek...

Posted by Anglers GT Penembak Tepat on


Salam jumaat.Salam kasih sayang.Mohon doakan agar kesihatan kawan kita Abu Ammar Mustaqim b Abu Bakar bertambah baik....

Posted by Wan Ahboy on


"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul" Assalamualaikum semua. Saya ingin meminta jasa baik anda semua...

Posted by Nur Lailatul Husna on


Menerusi gambar yang dikirimkan Lailatul, Ammar dilihat mengalami bengkak di bahu sebelah kirinya.

Ammar yang merupakan anak sulung enam beradik, dan pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

Lailatul juga berharap situasi Ammar akan mendapat perhatian pengamal perubatan agar dapat membantu mengenal pasti penyakit yang dihadapi, sekali gus membantu memberikan cadangan rawatan penyembuhan.

PERHATIAN ! SEKARANG KAWAN-2 & SAHABAT-2 SAYA SEDANG MENGADAKAN KUTIPAN SUMBANGAN UNTUK KESAKITAN YANG SAYA ALAMI...

Posted by Ammar Mustaqim HW on

Menurut status di akaun Facebook miliknya, Ammar ada memaklumkan dia mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Fuhh . Nak tahu aku kurus tak kurus sekarang berbanding masa sihat dulu , sampai doctor bagi 5 beg darah . Kuikuikui ....

Posted by Ammar Mustaqim HW on

Mereka yang ingin membantu bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun seperti berikut:

CIMB - 7054652797
Abu Ammar Mustaqim bin Abu Bakar