Sebelum mengakhiri sidang media COVID-19 hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebak apabila mengumumkan persaraan rakan seperjuangannya dalam memerangi COVID-19, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon yang tamat perkhidmatannya hari ini.
Dr Rohaizat juga dianggap sebagai salah seorang 'panglima perang' buatnya.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan hari ini bahawa ini adalah kali terakhir salah seorang 'panglima perang' saya, Dr Rohaizat Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) bersara wajib pada 10 Jun 2020 selepas berkhidmat lebih 35 tahun 10 hari. Beliau telah bersama pasukan KKM mengharungi dan memerangi wabak COVID-19.
"Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada beliau kerana memberi komitmen yang tinggi sepanjang perkhidmatan beliau kepada rakyat Malaysia," katanya sambil menahan sebak semasa sidang media harian di sini pada Rabu.
Sejurus selesai pengumuman persaraan itu, Dr Rohaizat turut mendapat tepukan dari mereka yang hadir di sidang media berkenaan.
Rahimah Abdullah
Wed Jun 10 2020
![Hilang seorang 'panglima perang', Dr Noor Hisham tahan sebak... Hilang seorang 'panglima perang', Dr Noor Hisham tahan sebak...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61591785785_DrNoorhisham.jpg)
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebak apabila mengumumkan persaraan rakan seperjuangannya dalam memerangi COVID-19, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Dr Rohaizat Yon. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.
![Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728533949_tbBlackmores.jpg)
Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.
![Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712209081_NoorHishamAbdullah.jpg)
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
![Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710149908_TBIJNjpg.jpg)
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
![Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702393560_TBHISHAM.jpg)
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
![Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700627185_KementerianKesihataN.jpg)
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
![Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696603730_UniversityofCyberj.jpg)
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
![Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696392515_DrNoorHishamAbdul.jpg)
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
![Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695853167_ManilaPhilippines.jpg)
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
![Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695791277_TBNoorHishamAbdulla.jpg)
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
![Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686261094_PutriAriani.jpg)
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.