Terdapat 14 resolusi digariskan pada Himpunan Rakyat Bersatu yang berlangsung di Padang Merbok, di Kuala Lumpur petang tadi.

Pengasas Yayasan Kemiskinan Kelantan Tan Sri Annuar Musa mengumumkan resolusi-resolusi tersebut di hadapan peserta.

Berikut adalah keseluruhan resolusi yang dibentangkan beliau:

1. Mempertahankan demokrasi yang luhur.

2. Memupuk perasaan hormat bangsa Malaysia.

3. Rakyat bersatu mempertahankan kestabilan agama.

4. Rakyat bersatu menolak cauvinis ala DAP.

5. Menolak campur tangan asing dalam hal ehwal negara.

6. Rakyat Bersatu menolak Bersih 1 hingga 4.

7. Rakyat bersatu menolak penghinaan negara Islam iaitu agama rasmi kerajaan persekutuan.

8. Mendukung kerajaan dalam menghadapi krisis ekonomi.

9. Mempertahankan hak Bumiputera dan rakyat Malaysia serta hak semua kaum di Malaysia.

10. Mempertahankan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.

11. Mempertahankan prinsip Rukun Negara.

12. Rakyat bersatu menolak politik fitnah terancam terhadap kepimpinan negara.

13. Menolak usaha gulingkan kerajaan.

14. Mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).