Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu peserta Himpunan Rakyat Bersatu pada Rabu ini mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dalam kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.
Tegasnya, peserta perhimpunan turut diminta tidak membawa sebarang risalah atau poster yang boleh membangkitkan ketegangan antara kaum.
"Kita mendapat cadangan kumpulan tertentu mengenai 16 September, parti komponen memberi banyak pendapat dan kita setuju untuk tidak bersetuju dengan perhimpunan itu.
"Ia bukan hari yang sesuai, saya hormat pandangan yang disampaikan dalam BN. Jangan bawa poster pada hari berkenaan atau berbalah.
"Polis juga perlu membuat kawalan ketat, jangan ada laluan yang bertembung," kata beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta pengerusi parti komponen lain.
Ia merupakan yang pertama diadakan selepas rombakan kabinet pada 28 Julai lalu.
Jelasnya, mesyuarat turut mencapai keputusan 16 September juga bukan hari yang sesuai untuk mengadakan sebarang perhimpunan.
"Pemimpin BN sendiri akan berada di Kota Kinabalu pada hari berkenaan, ia adalah tempat di mana semangat bangsa 16 September pada hari tersebut," jelasnya.
Pada Isnin, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz meluluskan permohonan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) untuk menggunakan Padang Merbok sebagai lokasi Himpunan Rakyat Bersatu.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut menasihatkan agar mana-mana pihak yang ingin menyertai perhimpunan supaya mematuhi segala peraturan yang ada.
Jelasnya, ekoran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberi kebenaran untuk menggunakan lokasi Padang Merbok mengadakan perhimpunan itu, ia diharap agar jalan raya di sekitar ibu negara tidak diusik oleh mana-mana pihak.
Perhimpunan Rakyat Bersatu diketuai oleh Pesaka bersama 250 badan bukan kerajaan (NGO) lain yang diadakan sebagai membantah penganjuran himpunan Bersih 4 baru-baru ini.
Wan Syamsul Amly, Norsiah Mohd Ramli
Mon Sep 14 2015

NAJIB: 'Himpunan Rakyat Bersatu perlu ikut undang-undang' - Gambar fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.

BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.

PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
![[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli [TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723894059_TBAWIE.jpg)
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.

BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.

BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.

Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.

PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.

Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.