Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, beberapa laporan polis telah dibuat dan pihak polis akan memanggil Tun Mahathir memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
Katanya, pihak polis akan memanggil beliau dalam tempoh terdekat bergantung kepada siasatan yang dilakukan pegawainya ketika ini.
"Kini bergantung kepada keperluan pegawai siasatan tapi definitely kita akan panggil dalam masa terdekat dan kita akan selesaikan secepat mungkin," kata Fuzi dalam sidang media selepas menghadiri perasmian penutup persidangan polis bantuan di Seberang Jaya pada Selasa.
Pada 14 Oktober lepas, Tun Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran parti-parti pembangkang di Petaling Jaya didakwa cuba mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai mungkin berasal daripada lanun Bugis.
#ICYMI: Oktober lalu, Dr Mahathir mempertahankan pendirian tidak akan memohon maaf.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga murka dan amat kecewa dengan kenyataan bekas perdana menteri itu. Apa yang dititahkan oleh Sultan Selangor? klik sini
Kenyataannya yang melabel Bugis sebagai lanun, menyinggung perasaan masyarakat Bugis di negara ini, dan dianggap kenyataan yang menghina serta rasis.