Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2, di sini memutuskan untuk menggunakan khidmat pengamal perubatan Islam bagi menghalau 'lembaga hitam' yang didakwa dilihat oleh para pelajarnya.
Menurut pengetuanya, Siti Hawa Mat, kesemua pelajar dan guru juga diberi cuti peristiwa sehari selepas insiden gangguan bermula pada Isnin.
Siti Hawa memberitahu, serangan histeria yang bermula pada Isnin melibatkan 25 pelajar dan ia berulang sekali lagi pada Rabu apabila lebih 50 pelajar dan 11 guru diserang histeria.
Menurutnya, ini pertama kali peristiwa seumpamanya berlaku di sekolah berkenaan yang dibina pada 2001.
Kesemuanya mendakwa terlihat satu 'lembaga hitam'.
“Saya minta maaf kerana tidak bertanyakan (kepada pelajar) tentang bentuk hantu itu. Apabila mereka ditanya, kata mereka cuma 'lembaga'. Biasanya kalau histeria, orang kata 'lembaga hitam' sahaja,” kata Siti Hawa dalam satu sidang media hari ini.
Menurutnya lagi, keadaan di sekolah terbabit sudah terkawal selepas pengamal perubatan Islam datang membantu.
Katanya lagi pelajar yang diserang histeria juga pulih sekitar tengah hari pada Rabu sebelum mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sementara itu seorang guru yang diserang histeria pada Rabu, Norlailawati Ramli memaklumkan gangguan bermula ke atas pelajar sebelum merebak kepada beberapa guru.
“Bila saya pegang dia (pelajar), memang terasalah macam berat tangan dan saya bacalah apa yang saya (ingat) dan beristighfar. Memang hilang kawalan masa itu, lepas dia balik, mula pada saya sebelah kiri memang ada macam orang berpaut.. nampak kelibat, macam hitam begitu,” kata Norlailawati.
Bagi seorang lagi guru, Kamariah Ibrahim, dia membaca ayat suci Al-Quran sejurus hilang kawalan kerana dipercayai dirasuk.
“Dia (lembaga hitam) macam nak masuk, tetapi kawan-kawan terus baca ayat (Al-Quran) di sekeliling. Rasa besar kepala, rasa kebas, air mata mengalir tidak berhenti, baca ayat Qursi, kepala jadi ringan adalah dalam masa sejam juga," kata Kamariah.
Sesi persekolahan dengan 1,044 pelajar dan 84 guru ini akan meneruskan sesi persekolahan pada Ahad dengan pemantauan oleh beberapa ustaz dan pengamal perubatan Islam.
Sementara itu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengulas, keputusan untuk menagguhkan sesi persekolahan SMK Pengkalan Chepa 2 itu boleh dikendalikan ooleh pejabat pendidikan daerah.
"Panas pun cuti... Jerebu pun cuti... Histeria pun cuti. Biar peringkat pejabat pendidikan daerah (berurusan) dengan pengetua," ujar beliau ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutupan Persidangan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Ke-55 di Kuala Terengganu pada Khamis.
Muhafandi Muhamad
Thu Apr 14 2016
![Histeria terlihat 'lembaga hitam': SMK Pengkalan Chepa 2 ditutup sementara Histeria terlihat 'lembaga hitam': SMK Pengkalan Chepa 2 ditutup sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/61460640931_LembagaHitam.jpg)
serangan histeria yang bermula pada Isnin melibatkan 25 pelajar dan ia berulang sekali lagi pada Rabu apabila lebih 50 pelajar dan 11 guru diserang histeria. - Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Histeria: Pelajar asrama SMK Batu Kikir, Jempol dibenarkan pulang sementara waktu Histeria: Pelajar asrama SMK Batu Kikir, Jempol dibenarkan pulang sementara waktu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713768108_TBjempoljpg.jpg)
Histeria: Pelajar asrama SMK Batu Kikir, Jempol dibenarkan pulang sementara waktu
Kesemua 165 pelajar asrama SMK Batu Kikir (Model Khas), Jempol dibenarkan pulang sementara waktu susulan kejadian histeria di sekolah berkenaan.
![Ngeri dan misteri... 'Histeria The Series' angkat isu sosial di sekolah Ngeri dan misteri... 'Histeria The Series' angkat isu sosial di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81654079688_TBhisteria.jpg)
Ngeri dan misteri... 'Histeria The Series' angkat isu sosial di sekolah
Astro Originals tampilkan kesinambungan filem box office 2008, Histeria, yang lebih berani, gore dan mengujakan.
![Ibu tunggal buntu fikir nasib anak hidap penyakit misteri Ibu tunggal buntu fikir nasib anak hidap penyakit misteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71589853477_sakit.jpg)
Ibu tunggal buntu fikir nasib anak hidap penyakit misteri
Pelbagai usaha dilakukan bagi mengubati penyakit anak sulung daripada tiga beradik itu termasuk membawanya ke hospital dan berubat secara tradisional.
![Penonton Munafik 2 terkena histeria bila ustaz Azhar baca ayat Ruqyah? Penonton Munafik 2 terkena histeria bila ustaz Azhar baca ayat Ruqyah?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81536328826_syamsulruqyah.jpg)
Penonton Munafik 2 terkena histeria bila ustaz Azhar baca ayat Ruqyah?
Filem sekuel, Munafik 2 yang mencetuskan fenomena dengan sambutan luar biasa daripada penonton terus mencuri tumpuan apabila dikatakan ada dalam kalangan penonton yang terkena 'histeria'.
![Histeria menyerang SMK Ketereh, puluhan pelajar jadi mangsa Histeria menyerang SMK Ketereh, puluhan pelajar jadi mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61532268554_TBHisteriaserangk.jpg)
Histeria menyerang SMK Ketereh, puluhan pelajar jadi mangsa
Histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh kembali menyerang buat kali ketiga dengan 30 pelajar pula menjadi mangsa.
![Histeria: Lelaki diikat sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Histeria: Lelaki diikat sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/51462163298_HospitalTuankuJaafar.jpg)
Histeria: Lelaki diikat sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar
Mangsa dikatakan berada dalam parit sambil meronta-ronta di Jalan Stesen Kampung Kuala Sawah sebelum dikejarkan ke hospital oleh pihak bomba.
![Histeria berkait rapat dengan kebersihan diri Histeria berkait rapat dengan kebersihan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51461300613_histeria.jpg)
Histeria berkait rapat dengan kebersihan diri
Histeria adalah berkait rapat dengan penjagaan kebersihan diri, dan jika ia diabaikan, mahkluk halus akan mudah mendekati mangsa.
![PPD diberi kuasa tangani kes histeria - Mahdzir PPD diberi kuasa tangani kes histeria - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81459957415_MahdzirKhalid.jpg)
PPD diberi kuasa tangani kes histeria - Mahdzir
Pihak sekolah juga dibenar mencari penyelesaian terbaik termasuk dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional.
![Sekolah histeria: Pengamal perubatan Islam bantu halau makhluk halus Sekolah histeria: Pengamal perubatan Islam bantu halau makhluk halus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/71461231487_Bomoh.jpg)
Sekolah histeria: Pengamal perubatan Islam bantu halau makhluk halus
Beberapa pengamal perubatan Islam dan dukun sudah memulai sesi menghalau makhluk halus di sekolah berkenaan.
![Takutkan anak dengan makhlus halus penyebab histeria - Mufti Kelantan Takutkan anak dengan makhlus halus penyebab histeria - Mufti Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51441639917_MohamedShukriMohamed.jpg)
Takutkan anak dengan makhlus halus penyebab histeria - Mufti Kelantan
Sikap menakut-nakutkan anak dengan makhluk halus merupakan antara penyebab berlaku histeria, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.