Susulan penularan jangkitan COVID-19 di dalam negara, Hospital Sungai Buloh di Selangor akan dijadikan hospital khusus bagi merawat penyakit berjangkit.
Pakar Perunding Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh Dr Suresh Kumar Chidambaram berkata ini bagi memastikan kemudahan dan persiapan yang diperlukan lengkap untuk menghadapi sebarang kemungkinan di masa hadapan.
"Kami maklum hospital-hospital berhadapan masalah katil tetapi pengalaman di Sungai Buloh, kami telah menyelesaikan pengurusan katil, tiada masalah kekurangan katil untuk pesakit COVID-19 di hospital ini," kata beliau mengenai pengurusan perubatan dan persediaan negara.
Dr Suresh berkata demikian pada sesi libat urus antara Kementerian Kesihatan yang dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan pengamal media di Kementerian Kesihatan di sini, pada Isnin.
Pada masa ini, Dr Suresh berkata tingkat empat dan lima hospital itu dikhususkan untuk pesakit COVID-19 masing-masing dengan 112 katil, sementara tingkat tiga pula dengan 14 katil unit rawatan rapi (ICU) akan dikhaskan kepada mangsa yang serius dan memerlukan bekalan oksigen dan rawatan rapi.
Menurut Dr Noor Hisham, jabatan sedia ada dari dua tingkat yang dikosongkan itu dipindahkan ke fasiliti perubatan berhampiran supaya Hospital Sungai Buloh boleh menumpukan kepada penyakit berjangkit seperti kes-kes COVID-19.
Apabila ditanya sama ada hospital untuk penyakit berjangkit di Sungai Buloh adalah buat sementara waktu sehingga wabak itu berakhir, ketua pengarah kesihatan itu berkata: "Ada permintaan supaya kami mendapatkan hospital bagi penyakit berjangkit, maka kami akan jadikan Hospital Sungai Buloh sebagai hospital untuk penyakit berjangkit yang kekal."
Beliau berkata selain Hospital Sungai Buloh sebagai pusat perubatan yang dikhususkan merawat kes COVID-19, Hospital Shah Alam dan Hospital Rehabilitasi Cheras turut memainkan peranan yang sama.
Turut hadir, pada sesi taklimat itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Kheong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon dan pakar kesihatan awam Dr Wan Noraini Wan Mohamed Nor.
Dalam taklimat itu, Dr Chong berkata virus COVID-19 disebarkan menerusi titisan kecil bukannya menerusi udara dan ia boleh merebak dalam persekitaran berhawa dingin yang tertutup berbanding di bawah sinar matahari kerana suhu tinggi boleh membunuh virus berkenaan.
"Apabila titisan kecil jatuh ke atas lantai ia mati apabila kering tetapi jika anda batuk pada tangan dan tangan menjadi pembawa jangkitan. Justeru, jangan menggosok muka atau mata dengan tangan dan selalu membasuh tangan.
Sejak virus itu merebak menerusi titisan kecil dan bukannya menerusi udara, menggunakan penutup mulut dan hidung (sebagai perlindungan) sudah mencukupi. Jika virus itu tersebar menerusi udara seseorang itu memerlukan topeng N95," katanya lagi.
Selain itu antara isu yang dibincangkan ialah mengkaji penggunaan polis bantuan untuk melakukan pengesanan kontak mereka yang diuji positif jika kakitangan perubatan awam sedia ada tidak dapat menguruskan peningkatan angka kontak rapat yang perlu dijejaki.
Orang ramai juga digesa menggunakan klinik maya atau kemudahan laman sesawang kementerian untuk mendapatkan nasihat atau maklumat mengenai COVID-19 sebagai langkah mengurangkan kesesakan hospital selain daripada perkhidmatan mendapatkan sampel di rumah untuk ujian COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 09 2020
Tingkat empat dan lima Hospital Sungai Buloh dikhususkan untuk pesakit COVID-19, masing-masing dengan 112 katil, sementara tingkat tiga pula dengan 14 katil ICU akan dikhaskan kepada mangsa yang serius. Foto Facebook Hospital Sungai Buloh Selangor
Norhizam dilantik Ketua Polis Daerah Sepang
ACP Norhizam Bahaman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sepang yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Rusia-Ukraine: Ukraine harus neutral jika mahu aman - Putin
Ukraine harus kekal berkecuali sekiranya mahu mempunyai peluang untuk keamanan dan sempadannya harus mengikut kehendak penduduk yang tinggal di wilayah yang dituntut Rusia.
Tahun 2024 paling panas dalam sejarah
Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) Kesatuan Eropah memaklumkan tahun ini hampir pasti akan mengatasi 2023 sebagai tahun paling panas sejak suhu global mula direkodkan.
Ranking MA AFC: Kemenangan JDT pacu Malaysia pintas Australia
Malaysia memintas Australia dalam kedudukan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia untuk kini menduduki tangga kelima.
Ina Naim sah bergelar isteri jurutera
Penyanyi dan Usahawan, Ina Naim kembali bergelar isteri selepas sah diijabkabulkan dengan jurutera, Mohd Khairul Rizal Shukor dengan sekali lazaf.
PDRM antara agensi paling tinggi ambil tindakan tatatertib
Polis Diraja Malaysia merupakan antara agensi yang paling tinggi mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai dan anggotanya.
Zulkafli pangku tugas Ketua Polis Perak berkuat kuasa hari ini
Timbalan Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat memangku tugas Ketua Polis Perak berkuat kuasa hari ini.
Larangan penggunaan media sosial untuk remaja bawah 16 tahun langkah positif - Pakar
Terdapat keperluan mengkaji kelemahan dalam sistem sedia ada serta mencari jalan untuk tingkatkan kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap isu ini.
2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju
Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.
Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) kini mencapai 45 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.