Sebuah hospital swasta dikompaun RM200,000 kerana menjual pelitup muka tiga lapisan melebihi harga maksimum yang ditetapkan, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Kementerian itu dalam kenyataan, berkata kompaun itu dikeluarkan kepada hospital berkenaan pada Jumaat, berikutan kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.
Katanya, sekiranya kompaun gagal dibayar dalam masa yang ditetapkan, pihak hospital akan dituduh di mahkamah.
KPDNHEP memulakan siasatan pada 13 Mei lalu dengan membuat pemeriksaan di hospital terbabit, selepas kejadian seorang pesakit dikenakan caj bagi pelitup muka melebihi harga maksimum yang ditetapkan, menjadi tular di laman sosial.
Pesakit terbabit mendakwa dikenakan caj sebanyak RM201.60 bagi 18 keping pelitup muka tiga lapisan yang digunakan oleh jururawat ketika merawatnya.
Jumlah tersebut bersamaan dengan RM11.20 sekeping, sedangkan harga maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan adalah RM1.50 sekeping.
Turut dirampas ialah sejumlah dokumen termasuk pelitup muka tiga lapisan yang sama jenis daripada hospital berkenaan, untuk tujuan siasatan.
"KPDNHEP serius dalam memastikan bekalan pelitup muka mudah diperolehi pada harga yang tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan," kata kementerian itu.
Astro Awani
Fri May 22 2020
Turut dirampas ialah sejumlah dokumen termasuk pelitup muka tiga lapisan yang sama jenis daripada hospital berkenaan. Gambar fail
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
Dakwaan culas bayar bil: Pelanggan diminta hubungi restoran, selesaikan masalah
Dalam hantaran terbaharu di Facebook, pihak restoran terbabit sekali lagi tampil bagi menjelaskan situasi yang berlaku ketika itu dengan pelanggan tersebut.
Kenakan harga mahal ibarat ambil harta manusia secara batil - Mufti
Apa jua tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat dan menafikan rahmat dan kasih sayang antara sesama manusia adalah haram menurut hukum syarak.
Hospital swasta caj pelitup muka mahal dikompaun RM200,000
Sebuah hospital swasta dikompaun RM200,000 kerana menjual topeng muka tiga lapisan melebihi harga maksimum yang ditetapkan, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Pelanggan tergamam dapat bil 'maggi ketam' cekik darah!
Sebuah keluarga dari Jitra, Kedah terkejut apabila dikenakan harga -cekik darah- iaitu RM50 bagi semangkuk 'maggi ketam' yang dimakan di sebuah gerai di persisiran Pantai Cahaya Bulan, Jumaat lalu.
'Milo Ping' dikenakan caj RM3.20, pengusaha restoran diheret ke mahkamah
Kes itu merupakan kes pertama di Malaysia melibatkan pengusaha premis makanan dibawa ke mahkamah.
Kabinet akan bincang penurunan kadar faedah pinjaman perumahan - TPM Zahid
Cadangan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh institusi kewangan akan dibawa ke mesyuarat kabinet akan datang.
Ikan kembong mahal: Ayam dan ikan kering pilihan utama pembeli
Kenaikan harga ikan kembong sehingga mencecah lebih RM12 sekilogram di sini hari ini menyebabkan ramai pengguna mula beralih kepada ayam, ikan kering dan bahan mentah lain yang lebih murah.