Penangguhan Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan kajian semua Perjanjian Air 1962 tidak merencatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Sebaliknya, katanya kedua-dua kerajaan melihat isu HSR dan perjanjian air perlu ditangani tetapi tidak seharusnya mengganggu gugat hubungan baik dua hala yang sedia ada.
Malah kedua-dua kerajaan mahu mempertingkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara, katanya kepada Bernama pada lawatan rasmi pertama ke negara ini atas jemputan rakan sejawatannya, Dr Vivian Balakrishnan.
Kunjungan tersebut adalah sebahagian daripada siri lawatan suai kenal Saifuddin selepas dilantik sebagai Menteri Luar baharu pada 2 Julai lalu.
Saifuddin diiringi pegawai-pegawai kanan Wisma Putra.
Selepas jamuan tengah hari dihoskan Dr Balakrishnan, Saifuddin mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Menurut Saifuddin, projek HSR dan perjanjian air telah dibangkitkan semasa pertemuan dengan Lee dan Dr Balakrishnan.
"Saya memberi penjelasan sebaik mungkin mengenai kedua-dua isu tersebut.
"Kami melihat gambaran yang lebih besar...bagi hubungan bilateral, ia masih kukuh dan kami mahu bekerja keras untuk membawanya ke tahap lebih tinggi," katanya yang dijadual mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, pada Selasa.
Mengenai projek HSR, Saifuddin berkata beliau memaklumkan kepada Lee dan Dr Balakrishnan bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan berkunjung ke sini untuk mengadakan perbincangan dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata projek HSR ditangguhkan kerana negara tidak mampu buat masa ini.
Mengenai Perjanjian Air 1962, Saifuddin berkata terdapat klausa dalam perjanjian untuk mengkaji semula perjanjian pembekalan air ke negara itu.
"Saya berpendapat isu cadangan dan cadangan balas mengenai isu bekalan serta rawatan air boleh dibincang dan diselesaikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 31 2018
Kedua-dua kerajaan melihat isu HSR dan perjanjian air perlu ditangani tetapi tidak seharusnya mengganggu gugat hubungan baik dua hala. - Gambar fail
Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).
MOT terus bekerjasama dengan SPRM banteras isu integriti
MOT akan terus bekerjasama dengan SPRM bagi membanteras isu integriti melibatkan kenderaan yang tidak mematuhi standard yang diluluskan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
#AWANInews
#AWANInews
MOT sedang menilai syarikat lain untuk lesen pemeriksaan kenderaan
Kementerian Pengangkutan sedang menilai permohonan syarikat lain untuk diberikan lesen untuk melaksanakan fungsi pemeriksaan berkala kenderaan bermotor secara bertauliah. #AWANInews
MAVCOM jangka trafik penumpang udara kembali kepada waktu pra-COVID
Trafik penumpang udara Malaysia dijangka akan mencapai di antara 105.8 juta hingga 112.9 juta tahun ini dan pergerakan penumpang akan kembali kepada waktu sebelum penularan COVID-19.
#AWANInews
#AWANInews
U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya
CIMB telah menyediakan pembiayaan RM1.2 bilion pada 2021, dinaikkan kepada RM1.4 bilion pada 2023.
AWANI Ringkas: Tempoh perbicaraan rakyat Malaysia1501
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelaburan KWSP dalam MAHB untuk sokong pembayaran dividen
Keputusan pelaburan KWSP termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham MAHB adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli.
Adobe Photoshop uji ciri suntingan bersama
Ciri ini berfungsi seperti Google Docs, di mana anda boleh melihat tindakan penyunting lain secara langsung.
Terbuka India: Soon Huat-Shevon Lai mara, mudah tewaskan pasangan Indonesia
Goh Soon Huat-Shevon Lai, menepati ramalan apabila menewaskan lawan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati dalam Badminton Terbuka India.
Bekas jurutera rugi lebih RM9 juta terperdaya pelaburan kripto tidak wujud
Seorang bekas jurutera mendakwa kerugian RM9.47 juta selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud secara dalam talian, bermula Oktober tahun lepas.
Negeri Sembilan optimis HSR dapat dilaksanakan, tingkatkan pembangunan negeri - Aminuddin
Negeri Sembilan optimis projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura akan dapat dilaksanakan meskipun ia belum dimuktamadkan setakat ini.
Penilaian cadangan konsep HSR fokus untuk minimumkan implikasi kewangan kerajaan - Anthony
Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan konsep projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dengan fokus untuk meminimumkan implikasi kewangan kepada kerajaan.
7 konsortium merangkumi 31 firma swasta kemuka cadangan konsep pembinaan HSR KL-Singapura
Tujuh konsortium telah mengemukakan cadangan konsep kepada MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) hari ini.
Tanpa penglibatan kerajaan, HSR KL-Singapura sangat mencabar dilaksanakan - Maybank IB
Projek HSR KL-Singapura yang dianggar menelan belanja RM100 bilion adalah sangat mencabar untuk dilaksanakan tanpa penglibatan kerajaan.
Projek HSR tidak terjejas, walaupun firma Jepun tarik diri - Loke
Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tidak terjejas, walaupun firma Jepun menarik diri daripada terbabit.
HSR KL-Singapura: Firma Jepun tarik diri, China dan Eropah berpotensi jadi pembida berjaya - Laporan
Penarikan diri firma Jepun adalah kerana projek HSR itu mempunyai risiko tiada jaminan kewangan dari pihak Kerajaan Malaysia.
HSR: Mahkamah Tinggi batal saman terhadap kerajaan, empat tokoh politik
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan dan empat tokoh politik untuk membatalkan saman yang difailkan seorang individu berhubung pembatalan projek HSR.
Negeri Sembilan sambut baik projek HSR KL-Singapura diteruskan - Aminuddin
Cadangan meneruskan pembinaan HSR KL-Singapura, merupakan usaha yang baik terutama dalam meningkatkan ekonomi di Negeri Sembilan.
Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.
HSR: Kerajaan teliti model pelaksanaan baharu - Loke
Kerajaan sedang mengkaji model pelaksanaan baharu bagi meneruskan cadangan pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.