Malaysia sentiasa menganggap hubungan dua hala dengan Indonesia seperti hubungan dalam sebuah keluarga yang diumpamakan "air yang dicincang tak akan putus", kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata walaupun hubungan antara kedua-dua negara ini mengalami kisah pahit-manis dan suka-duka dalam melakar sejarah negara masing-masing namun talian persaudaraan yang terbina antara Malaysia-Indonesia semakin hari semakin kukuh.
"Saya yakin bahawa hubungan akrab dan positif antara dua buah negara berjiran bukan sahaja mampu menjadi semakin mantap bahkan bertambah kukuh melangkaui sempadan diplomatik," katanya dalam amanat khas yang disiarkan menerusi klip video sempena majlis makan malam sambutan Hari Malaysia dan 60 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-Indonesia di sini malam tadi.
Majlis anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia itu dihadiri lebih 1,000 tetamu termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia Muhajir Effendy, Menteri Komunikasi dan Informatik Indonesia Rudyantara, Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab, duta-duta negara asing dan ahli-ahli perniagaan.
Najib berkata adalah menjadi satu kebanggaan bagi Malaysia dan Indonesia kerana kedua-dua negara ini bukan sekadar berjiran malah mempunyai banyak persamaan serta berkongsi budaya dan bahasa yang melambangkan kekayaan bangsa serumpun.
Perdana menteri juga menyeru semua pihak agar terus memelihara dan memperkukuh hubungan akrab yang terbina itu agar mampu melampaui batas-batas kebudayaan yang lazim.
Hubungan yang dibina selama 60 tahun tidak harus dilihat dari aspek hubungan rasmi sahaja malah semua pihak harus berusaha meningkatkannya ke tahap lebih tinggi untuk generasi akan datang, katanya.
Terdahulu itu, Muhajir berkata walaupun hubungan Malaysia-Indonesia mempunyai pasang surut tetapi para pemimpinnya sentiasa mengutamakan kedamaian hidup berjiran.
Slogan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia "Negaraku Sehati Sejiwa" itu perlu diperluaskan di peringkat hubungan antara Malaysia dan Indonesia supaya rakyat di kedua-dua buah negara juga menjadi hubungan sehati sejiwa, katanya.
Beliau berkata slogan sehati sejiwa itu sangat mendalam maknanya jika ia dapat diperluaskan dalam hubungan rakyat dengan rakyat antara Indonesia dan Malaysia.
Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, berkata pihak kedutaan sering menganjurkan pelbagai program persahabatan dengan Indonesia kerana mengambil pendekatan "mensejahterakan jiran" dalam mengukuhkan hubungan.
"Acara majlis makan malam yang dianjurkan ternyata mengeratkan lagi hubungan antara rakyat dengan rakyat apabila dimeriahkan dengan persembahan artis-artis Malaysia dan Indonesia yang masing-masing diminati oleh rakyat kedua-dua negara," katanya.
Beliau berkata daripada maklum balas yang diterimanya, banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan di Indonesia menyambut baik malah berbangga dengan majlis itu kerana ia dapat mengakrabkan lagi hubungan rakyat dengan rakyat Malaysia dan Indonesia.
Antara artis popular kedua-dua negara yang membuat persembahan pada majlis makan malam itu yang dimeriahkan juga dengan pementasan kebudayaan, ialah penyanyi rock Malaysia Amy Search dan penyanyi pop Indonesia Rossa.-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2017

PM Najib berkata adalah menjadi satu kebanggaan bagi Malaysia dan Indonesia kerana kedua-dua negara ini bukan sekadar berjiran malah mempunyai banyak persamaan serta berkongsi budaya dan bahasa. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Pengantin perempuan ditampar mentua ketika salam minta restu
HARI bahagia seorang wanita ini bertukar duka setelah dia ditampar oleh ibu mentuanya pada hari pernikahan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

Lapan maut, empat kritikal selepas minum alkohol tulen di Indonesia
Lapan orang maut manakala empat lagi kritikal selepas meminum alkohol tulen dengan kepekatan 96 peratus di Cianjur, Jawa Barat.

Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital.

Pempengaruh media sosial diingatkan tidak keterlaluan hasilkan kandungan - Fahmi
Pempengaruh media sosial diingatkan untuk berpada-pada dan tidak keterlaluan dalam menghasilkan kandungan semata-mata bagi mendapatkan tontonan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.

Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.