Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli merancang untuk melihat semula Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi mengkaji kemungkinan mengenakan hukuman lebih keras terhadap mereka yang melakukan pencemaran alam sekitar, susulan beberapa kes bekalan air terganggu, ekoran masalah pencemaran.
Menterinya, Dr A. Xavier Jayakumar berkata, hukuman semasa yang berupa denda RM10,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dilihat masih tidak mencukupi, menjadikan kini amat penting untuk menampilkan bentuk hukuman yang lebih tegas di bawah akta berkenaan.
"Jumlah RM10,000 tidak cukup, begitu juga dengan penjara setahun. Kita akan pertimbangkan, mungkin meningkatkan kedua-dua bentuk hukuman itu, di samping menutup segera kilang-kilang yang didapati melakukan pencemaran.
"Ia mungkin akan mengambil sedikit masa untuk mengkaji Akta berkenaan, dan saya rasa tahun depan sekiranya semua berjalan lancar kita akan membentangkannya di Parlimen," katanya dalam satu persidangan media selepas merasmikan konvensyen Malaysia International Water Convention 2019 (MIWC) di sini pada Selasa.
Sehubungan itu, Xavier berkata beliau telah mengarahkan supaya Suruhanya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) untuk membuat siasatan lebih menyeluruh di samping membuat penguatkuasaan lebih menyeluruh di masa depan.
Katanya, beliau juga merancang untuk mendapatkan pembabitan sektor swasta dalam industri air dalam usaha itu, memandangkan Kerajaan Persekutuan sendiri tidak boleh menjadi satu-satunya pihak yang bertanggungjawab membawa masuk dana ke dalam industri berkenaan.
Selain penguatkuasaan yang lebih tegas, pihak kementerian turut mensihatkan para pemain industri dan korporat mengubah sistem mereka, di samping cara melupuskan air sisa.
"Kita sudah sampai tahap di mana kita tidak boleh bertolak ansur lagi dengan mereka yang membuang air tercemar ke dalam sungai. Jika anda ditahan, anda akan terima akibatnya.
"Amaran juga kepada mereka yang merasakan boleh terlepas, kita sedang meletakkan sistem yang lebih teratur bagi memantau dan mencari tempat paling sesuai untuk membuang bahan sisa," katanya.
Minggu lepas, syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengumumkan gangguan bekalan air yang menjejaskan pembekalan terhadap 372,031 isi rumah di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang di Selangor selepas pencemaran bau dikesan di Sungai Semenyih.
BACA: Pencemaran di Sungai Semenyih terkawal, loji kembali beroperasi
Sebelum itu, satu insiden pencemaran dikesan di punca air air mentah di Sungai Semenyih pada bulan Jun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 01 2019
Empangan Semenyih yang berkeluasan 607 hektar ekar ini mampu menampung bekalan air 120 juta gelen sehari. - Gambar hiasan
#AWANIRingkas 15 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Januari 2025
1️⃣ Jadual padat menanti Anwar di London
2️⃣ SARA melalui MyKad bermula hari ini
3️⃣ SPRM, FBI tingkat kerjasama perangi rasuah
#awaniringkas
1️⃣ Jadual padat menanti Anwar di London
2️⃣ SARA melalui MyKad bermula hari ini
3️⃣ SPRM, FBI tingkat kerjasama perangi rasuah
#awaniringkas
AWANI Ringkas: SPRM, FBI tingkat kerjasama perangi rasuah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Uzma Bhd berjaya lancar satelit pemerhatian bumi resolusi imej tinggi
Uzma Berhad mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya melancarkan satelit pemerhatian bumi pertama miliknya UZMA SAT-1.
MY-UAE CEPA turut beri tumpuan kepada pembangunan ekonomi Islam
Kejayaan memeterai FTA pertama Malaysia dengan sebuah negara anggota GCC itu akan membuka ruang untuk perjanjian yang sama dengan negara anggota GCC yang lain dan GCC sendiri.
Integrasi AI dan Blok Rantai dalam Perkhidmatan Kerajaan Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk segera mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan blok rantai dalam sistem perkhidmatan kerajaan. Ketahui bagaimana teknologi ini dapat membanteras ketirisan kewangan dan sektor-sektor yang menjadi tumpuan pelaksanaan.
PM Anwar perkukuh hubungan dengan UK, tarik pelabur asing
Lawatan kerja Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom antara usaha untuk mengukuhkan hubungan perdagangan antara antara kedua-dua negara, termasuk meneroka potensi ekonomi baharu.
Forum Pelancongan ASEAN 2025 buka tirai hari ini
Forum ini akan dihadiri Menteri-Menteri pelancongan negara ASEAN, pegawai kerajaan, pemimpin korporat dan wakil media daripada 10 negara anggota ASEAN.
AWANI Pagi: Eksport Bakat Lokal Tembusi Global
Ikuti diskusi bersama Hamidi Halim, Ketua Pegawai Eksekutif dan Perunding Abroad EduWorld dan Subramaniam Sathasivam, Ketua Pegawai Eksekutif Crew Skills International mengenai usaha untuk meneroka peluang kalangan bakat kulinari tempatan bagi menempatkan diri mereka di persada global dengan mengikuti pendidikan ditawarkan dalam negara.
EPL: Jaringan minit akhir Reece James selamatkan maruah Chelsea
The Blues menguasai keseluruhan permainan, namun sering kali dipatahkan oleh pasukan pelawat atas kekebalan pertahanan dan penjaga golnya.
Gencatan senjata Gaza hampir dimeterai
Hamas memberitahu, kumpulan itu masih menunggu Israel menyerahkan peta yang menunjukkan bagaimana tenteranya akan berundur dari Gaza.
Kerajaan sasar tanam 100 juta pokok dalam tempoh lima tahun
Kesemua pokok ditanam itu memerlukan pengawalseliaan rapi dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM48,000 bagi setiap hektar, sepanjang tempoh tiga tahun penjagaan.
Hukuman lebih berat bagi yang terlibat dengan pencemaran air sedang dikaji
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli merancang untuk melihat semula Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
Temui Yi Yi, anak kedua panda gergasi
Pengumuman dibuat Menteri Air, Tenaga dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar di Pusat Konservasi Panda Zoo Negara sebentar tadi.
Perak mohon buka semula LRA Air Ganda
Bagaimanapun, pembukaan semula operasi loji itu bukan untuk kegunaan makan dan minum.
Perak belum putus naik tarif air
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Perak juga bukan antara enam negeri yang telah bersetuju dengan rancangan untuk menaikkan tarif itu.
Enam negeri setuju naik kadar tarif air
Beliau berkata persetujuan itu dicapai hasil rundingan kementerian bersama kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang masih lagi berjalan ketika ini.
Kebajikan pelajar MRSM daripada golongan B40 terus dipelihara
Kebajikan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) akan terus dijaga dalam usaha memastikan mereka mendapat pendidikan berkualiti.
Tarif air dijangka naik
Kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.
Pemilihan PKR: Azmin masih mendahului di Selangor
Fasa terakhir pemilihan di Selangor membabitkan enam lagi cabang daripada keseluruhan 22 cabang di negeri itu akan diadakan pada 28 Okt ini.
Peruntukan RM350 juta dimohon bina infrastruktur kawalan banjir
Permohonan itu masih berada di peringkat penilaian oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.