IBU bapa perlu menyemai kepentingan penjagaan kebersihan serta amalan jarak sosial kepada anak-anak sebelum prasekolah dan tabika dibuka semula dalam tempoh dua minggu lagi.
Apatah lagi anak-anak pastinya teruja bertemu kembali rakan yang 'terpisah' sejak kira-kira tiga bulan lalu ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac sebelum diteruskan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun lepas.
Meskipun prosedur operasi standard (SOP) terperinci akan dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengelak jangkitan COVID-19, ibu bapa seharusnya memainkan peranan membantu memudahkan tugas para guru untuk membiasakan anak-anak mengamalkan normal baharu di institusi pendidikan awal itu.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan pembukaan semula semua prasekolah dan tabika bermula 1 Julai ini dengan SOP terperinci dijangka diumumkan KPM dalam masa terdekat.
Ia membabitkan 6,216 prasekolah di bawah KPM; 7,887 prasekolah swasta; 1,781 tabika di bawah Kementerian Perpaduan Negara serta 8,530 tabika kelolaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) Anisa Ahmad berkata kanak-kanak yang diterap dengan penjagaan kebersihan akan mempraktikkan amalan tersebut.
"Di tadika memang sudah diajar aspek kebersihan dan anak-anak memang amalkan basuh tangan ikut langkah 20 saat.
"Jika ibu bapa turut bantu terapkan nilai yang sama di rumah, normal baharu akan jadi biasa dan risiko di tadika boleh diatasi kerana anak-anak dah biasa diterapkan dengan amalan kebersihan seperti cara basuh tangan untuk elak jangkitan virus.
"Jadi, mereka lebih mudah faham jika kita (guru) minta lakukan," katanya kepada Bernama.
Setakat semalam, Malaysia mencatatkan sebanyak 8,494 kes positif COVID-19 dengan 121 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 16 2020
Kanak-kanak yang diterap dengan penjagaan kebersihan akan mempraktikkan amalan tersebut. - Gambar hiasan
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
Ibu bapa perlu semai amalan kebersihan sebelum prasekolah, tabika dibuka
Ibu bapa perlu menyemai kepentingan penjagaan kebersihan serta amalan jarak sosial kepada anak-anak sebelum prasekolah dan tabika dibuka semula dalam tempoh dua minggu lagi.
Sedia untuk hantar anak ke sekolah, ini yang ibu bapa perlu lakukan
Selain peranan sekolah dan guru, penglibatan ibu bapa dan penjaga juga turut digariskan supaya mereka boleh turut membantu pihak sekolah.
HFMD tiada vaksin, perlu kawal penularan - Pegawai Kesihatan
Ibu bapa dan penjaga perlu memastikan anak-anak mereka bersin dan batuk dengan cara betul supaya lelehan atau cecair keluar daripada tubuh badan tidak menjangkiti individu lain.