"Syukur padamu ya Allah, Alhamdulillah kerana selamatkan anakku."
Itu ayat yang tidak putus-putus keluar daripada mulut ibu Nur Darleen Dazeera Azhar, 15, yang dilarikan dua individu tidak dikenali di Bandar Tun Hussein Onn di sini, hari ini.
Zainon Md Zin, 55, memeluk erat anaknya itu sebaik sahaja Nur Darleen Dazeera keluar dari kereta Proton Wira milik wanita yang menemuinya kira-kira tiga kilometer dari rumahnya, dan membantu membawa mangsa pulang ke rumah pada pukul 2.20 petang tadi.
Suasana sedih menyelubungi perkarangan rumahnya sebaik Nur Darleen Dazeera atau dipanggil 'Baby' dalam kalangan keluarga, tiba dan menangis teresak-esak, memeluk anggota keluarganya termasuk bapanya, Azhar Mohd Mukry, 61.
Pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn yang masih memakai pakaian seragam sekolah itu dilarikan dua lelaki bermotosikal ketika sedang menunggu van sekolah di hadapan rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, pukul 7 pagi tadi.
Dia ditemui selamat oleh orang awam berdekatan sebuah pasar raya kira-kira tujuh jam kemudian, dipercayai ditinggalkan dua lelaki berkenaan di kawasan itu selepas berita mengenai kejadian tersebut tersebar di laman sosial.
Keluarga itu bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan kepada media dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes berkenaan.
Pelajar itu juga masih dalam keadaan terkejut dan tidak banyak bercakap dan hanya menjawab 'tidak kenal' ketika anggota keluarga bertanya siapa yang melarikannya.
Difahamkan, mangsa dipaksa menaiki motosikal suspek selepas diacukan parang dan dibawa ke sebuah rumah berdekatan sebelum dilepaskan oleh dua lelaki itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan mengesahkan yang Nur Darleen Dazeera ditemui selamat dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk diambil keterangan.
"Butiran terperinci mengenai kes ini bagaimanapun tidak boleh didedahkan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Ketika ditemui pemberita sebelum pelajar itu ditemui, bapa saudaranya Jalaluddin Md Zin, 50, memberitahu seorang daripada rakan anak saudaranya yang berada dalam van sekolah itu ternampak Nur Darleen Dazeera menaiki motosikal, diapit dua lelaki.
"Nur Darleen Dazeera berada di antara dua lelaki berkenaan dan cuba melambai tangan ke arah rakannya tetapi dihalang lelaki itu," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2016

Nur Darleen ditemui selamat oleh orang awam berdekatan sebuah pasar raya kira-kira tujuh jam kemudian. - Foto Facebook
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik
Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.

Kanak-kanak dalam video tular bukan mangsa cubaan culik tapi mangsa amang seksual - Polis
ACP Wan Azlan berkata, siasatan mendapati kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun itu mungkin mangsa amang seksual.

Orang ramai perlu telus, jujur buat laporan orang hilang - Polis
Pengadu perlu bersikap amanah dan bertanggungjawab terhadap aduan yang dikemukakan.

20 pelajar perubatan diculik di Nigeria
Pelajar-pelajar dari Universiti Jos diculik dan dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata pada petang Khamis di Otukpo.

Kes larikan dua budak: Penjual pisang goreng tiba di mahkamah
Suspek berusia 32 tahun itu yang memakai baju lokap warna biru tiba menaiki trak polis pada jam 8.20 pagi.

Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik
Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.

Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.

Lebih 200 pelajar diculik di Nigeria, kes terbesar sejak 2021
Insiden penculikan ratusan murid di utara Nigeria disifatkan sebagai kes penculikan terbesar yang mensasarkan sebuah sekolah sejak 2021.

Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan
Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara.