Perintah tahanan itu dikeluarkan Majistret Nor Farah Hazwani Osman bermula hari ini dan berakhir 10 Ogos.
Turut direman, seorang lelaki berusia 41 tahun dipercayai teman lelaki ibu mangsa.
Pasangan itu ditahan di rumah wanita berkenaan di Flat Taman Kosas, Ampang, kira-kira 3 petang semalam.
Mangsa merupakan murid Tahun Satu di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Kosas.
Laporan polis berhubung kematian kanak-kanak tersebut dibuat oleh seorang doktor perubatan Hospital Ampang yang membuat pemeriksaan ke atas mangsa semalam.
Berdasarkan laporan polis, kanak-kanak itu dibawa ke hospital kira-kira jam 8.55 pagi Isnin. Kanak-kanak itu meninggal dunia ketika pemeriksaan dibuat.
Pemeriksaan juga mendapati beberapa kecederaan termasuk kecederaan lama di bahagian kemaluan, pinggang, tangan kiri, tangan kanan dan muka.
Mayat mangsa kini berada di Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.